Zul Yahya

Ahad lalu merupakan hari detik bersejarah buat negara Malaysia apabila vaksin yang dinanti nantikan telah tiba ke tanah air tepat pada jam 10 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Setelah hampir setahun dunia mengalami virus misteri ini akhirnya bakal berakhir tidak lama lagi.

Namun, walaupun vaksin ini dihasilkan sebagai penawar kepada virus COVID-19, terdapat segelintir pihak yang mendakwa bahawa aturan ini merupakan agenda Yahudi yang ingin menhancurkan dunia dan umat islam supaya jauh terpesong dari ajaran agama.

Zul Yahya Dikecam Netizen
Salah satu post dari account rasmi Zul Yahya yang mendapat kecaman dari pelbagai pihak

Salah seorang artis yang terkenal dengan drama Mr. Papaya, Zul Yahya turut tidak tekecuali dalam menyuarakan pendapat dan hujah yang menyatakan bahawa peyakit berjangkit COVID-19 adalah salah satu cara Dajjal untuk menyesatkan umat islam di seluruh dunia.

Tambahan pula, Bekas pelakon Zul Yahya juga mengambil keputusan untuk memberhentikan anak-anaknya daripada persekolahan kerana beliau menganggap bahawa ilmu akhirat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan.

download
Zul Yahya dikecam netizen

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram dan Facebook Zul Yahya, bekas pelakon dan pelawak terkenal itu memberitahu tindakan tersebut dirasakan paling tepat buat masa ini.

“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami daripada sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka, tetapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak.

“Insya-Allah ilmu akhirat itu lebih penting daripada segala-gala ilmu,” ujar pelakon berusia 48 tahun itu.

Lantas daripada itu, post tersebut dihujani pelbagai komen yang mengkritik tindakan beliau yang dianggap tidak mementingkan pendidikan anak-anaknya.

Salah seorang pengikutnya dalam Instagram berkata, pelakon itu sepatutnya sudah faham tentang konsep pendidikan pada peringkat sekolah kerana itu juga merangkumi ilmu untuk kegunaan di akhirat.

“Harapnya kita tidak salah faham dan ekstrem. Hantar ke sekolah (anak) juga merangkumi ilmu akhirat. Semua disiplin ilmu ialah ilmu milik Allah SWT dan boleh mendekatkan diri dengan-Nya.

“Tahniah kepada pihak guru yang bertungkus lumus dalam menyediakan bahan pelajaran di sekolah yang mengajar bersungguh-sungguh anak murid mengenal Allah SWT,” ujar salah seorang pengguna Instagram.

Tidak kurang juga, salah seorang pengikutnya pula berpendapat bahawa pelakon itu sepatutnya tidak ada hak untuk menghalang anaknya mendapatkan pendidikan di sekolah.

“Jangan halang anak untuk cerdik dunia akhirat supaya tak tertipu di dunia dan selamat di akhirat.

“Bahkan pusat tahfiz pun ada silibus. Kena seimbangkan,” ujarnya. “Buat masa sekarang lebih baik saya letakkan ilmu akhirat sebagai keutamaan buat anak-anak.

“Berapa ramai yang boleh ikut sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari ini? Ramai orang tinggalkan al-Quran dan sunnah Rasulullah yang boleh membawa kejayaan kepada mereka,” katanya.

Zul Yahya berpendapat bahawa, masyarakat hari ini seolah-olah merasakan sunnah dan al-Quran sebagai satu ikutan kuno dan ketinggalan.

“Jadi ramai yang memilih cara kehidupan seperti hari ini dengan tidak mengamalkan sunnah Nabi dengan melebihkan kehidupan duniawi,” ujarnya.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Lagi artikel menarik:

  1. Kelebihan Istighfar
  2. MP Bentong Positive to become the 2nd New Bandaraya in Pahang
  3. Harga Emas Dijangka Naik RM500/g Tahun 2021

Sumber: Kosmo online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *