xiaomi

Seperti yang kita tahu, beberapa company besar seperti Samsung telah melancarkan peranti boleh lipat seperti Samsung Galaxy Fold dan Samsung Galaxy Z Flip. Ada sumber mengatakan Xiaomi sedang mempatenkan peranti 3 lipatan!

Sebelum ini mereka telah menunjukkan demo Xiaomi Mi Alpha pada tahun 2019. Namun peranti tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab – sebab tertentu.

xiaomi

Sumber

Xiaomi Peranti 3 Lipatan

Sumber dari pautan ini mengatakan bahawa mereka sedang mempatenkan peranti 3 lipatan mereka. Sebelum ini kita dikejutkan dengan peranti boleh lipat, kali ini mereka sendiri akan mengeluarkan peranti 3 lipatan pula!

xiaomi
xiaomi

Sumber

Dari segi spesifikasi pula, agak terlalu awal untuk kita tahu tentang info ini. Namun jika kita lihat dari peranti sebelum ini, kita boleh anggarkan bahawa peranti 3 lipatan ini akan menggunakan chip Snapdragon 865. Dari segi kamera pula, kebiasaannya mereka akan meletakkan beberapa jenis kamera di peranti mereka seperti, Wide Angle, Ultra Wide Angle, Telephoto dan Super Zoom. Dari segi harga pula, kemungkinan untuk peranti 3 lipatan ini Xiaomi akan meletakkan dalam lingkungan $1000 hingga $2000. Sama – sama kita nantikan!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *