vaksin astra zeneca

Vaksin Astra Zeneca telah menjadi vaksin yang ditawarkan secara sukarela dan tidak termasuk di bawah Program Imunisasi Kebangsaan. Setelah mendapat tentangan hebat dan kritikan oleh rakyat Malaysia, kerajaan Malaysia telah membuang vaksin itu dari plan imunisasi kebangsaan tetapi di berikan secara sukarela.

Menariknya, setelah pendaftaran untuk mereka yang berminat mengambil 2 dos vaksin Astra Zeneca ini dibuka secara online atau atas talian, ianya telah mendapat sambutan hangat. Dengan hanya kurang sejam, 100 ribu tempat telah pun dipenuhi.

Selang beberapa minit, Khairy Jamaluddin telah memaklumkan di twitternya, bahawa pendaftaran telah pun ditutup kerana telah penuh. Hal ini menunjukkan, kesedaran vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia terutama di kawasan urban iaitu di KL Selangor amat memberansangkan.

Vaksin Astra Zeneca Untuk Rakyat Malaysia

Rata rata di media sosial, para netizen yang telah berjaya mendaftar telah berkongsikan tangkap layar status pendaftaran vaksin AstraZeneca mereka dan kelihatan sungguh gembira dan teruja.

vaksin astra zeneca
Sumber : Twitter KJ

Walaupun pendaftaran untuk AstraZeneca telah penuh, KJ telah memaklumkan, kerajaan akan mendapat kan jutaan dos vaksin AstraZeneca lagi pada bulan ini menerusi inisiatif COVAX di bawah WHO. Untuk itu, rakyat Malaysia yang terlepas kali ini tidak perlu gusar dan boleh lah mendapatkannya kelak.

Untuk Vaksin Astra Zeneca di bawah inisiatif COVAX, KJ berkata ianya akan diperluaskan lagi ke negeri negeri lain kecuali Sarawak yang telah menolak.

vaksin astra zeneca
Sumber : Twitter KJ

Secara keseluruhannya, sebanyak 260,000 slot telah dibuka kepada orang ramai di Selangor/KL untuk pendaftaran vaksin Astra Zeneca kali ini.

PS : Black Seed Oil – Habbatus Sauda Dari Sudut Pandang Barat – Kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *