uk tuduh huawei china

UK Tuduh Huawei? Apa cerita sebenarnya?

Huawei kembali menjadi isu hangat apabila laporan parlimen UK yang diterbitkan pada hari Khamis, UK tuduh Huawei besengkokol dengan China. Laporan itu mengatakan kerjasama dengan Huawei adalah sesuatu yang tidak patut kerana ia mengugat keselamatan negara.


Parlimen mengatakan bahawa “Terdapat bukti yang jelas mengenai kerjasama Huawei dengan negara China, dan saya menyokong keputusan untuk mengeluarkannya dari rangkaian UK“. Walaubagaimanapun ia tidak menjelaskan secara terperinci bukti itu dalam laporan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan, Ahli Parlimen Tobias Ellwood, berkata dalam satu kenyataan:

Melindungi orang ramai dan menjaga keselamatan negara kita adalah antara tanggungjawab utama Kerajaan. Keputusan untuk penggunaan teknologi ini adalah satu pengabaian tugas.

Barat harus segera bersatu meningkatkan kekuatan penguasaan teknologi untuk melawan China. Oleh kerana setiap aspek kehidupan kita menjadi semakin bergantung pada akses dan pergerakan data, kita harus mencipta alternatif yang boleh dilaksanakan, praktikal dan menjimatkan daripada penyelesaian murah dan berteknologi tinggi yang menjadikan kita mangsa dan menjerat sebuah negara menjadi kesetiaan dalam jangka masa panjang kepada China.” 

Huawei membantah laporan itu, dengan mengatakan dalam pernyataannya sendiri (melalui ABC):

Laporan ini tidak mempunyai kredibiliti, kerana berdasarkan pendapat dan bukan fakta. Kami yakin orang ramai akan ingat tuduhan bersekongkol ini dan melupakan apa yang Huawei telah beri pada Britain selama 20 tahun terakhir.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my



One thought on “UK Tuduh Huawei Bersekongkol Dengan China”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *