Usaha Trump untuk Ban “WeChat” gagal

WeChat kena Ban? Atas alasan keselamatan (sekuriti) data daripada terlepas di tangan China, Trump terbaru telah berusaha untuk membawa usul untuk menghentikan operasi Perisian terkenal dari China itu ke Mahkamah US. Namun usaha Trump tersebut gagal apabila magistret US sendiri memutuskan tiada alasan kukuh untuk menghentikan penggunaan perisian itu untuk rakyatnya.

Trump menuduh China telah melaksanakan aktiviti spy terhadap informasi informasi penting dengan cuba mendapatkan maklumat melalui applikasi Wechat tersebut. Namun Hakim Magistret US berpendapat bahawa Trump perlu membuktikan dakwaannya jika tidak ianya akan menutup kebebasan bersuara yang menjadi sebahagian daripada budaya di US.

gagal ban wechat

China turut menafikan dakwaan mereka mengintip data rakyat US melalui applikasi Wechat dan menyatakan ianya sesuatu yang malang buat rakyat US jika Trump berjaya menghalang penggunaan Wechat di negara itu.

PS: Nampaknya hubungan antara US dan China semakin hari semakin tegang. Ramai pemerhati mendakwa tidak mustahil perang besar antara US dan China akan meletus pada bila bila masa sahaja.

PSS: Terdahulu Malaysia turut terbabit apabila pada minggu lepas ketika awal September, US telah mengguna pakai kod responder Malaysia untuk mengintip aktiviti tentera China di Laut China Selatan dan Malaysia telah meminta US memberi penjelasan terhadap tindakan mereka.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *