brokoli

Salah seorang pengguna TikTok di Amerika Syarikat, Alesha Ruddenklau telah memuat naik satu video berkongsi tips yang sangat mudah untuk menyegarkan sayur Brokoli yang telah layu.

Pernahkah anda mengalami situasi dimana sayur brokoli yang anda baru sahaja beli di pasar, kemudian keesokan harinya sayur tersebut telah layu dan bertukar warna? Sudah tentu anda menggangap bahawa sayur tersebut sudah rosak dan tidak boleh dimakan lagi.

Ternyata tanggapan kita selama ini salah. Ini kerana sayur tersebut boleh menjadi segar semula dan selamat dimakan. Seorang pengguna tiktok berkongsi satu tips yang sangat mudah dan simple untuk menyegarkan sayur brokoli yang telah layu yang bewarna kuning kepada warna asalnya, hijau.

Tutorial bagaimana untuk menyegarkan sayur semula

Alesha Ruddenklau gembira apabila videonya mendapat sambutan luar biasa di kalangan netizen. Ramai di kalangan mereka berasa sangat gembira dengan tips yang sangat bijak oleh Alesha. Mana tidaknya, apabila sayur tersebut berubah berwarna kuning, mereka pasti membuang sayur tersebut.

Dengan tips ini, mereka dapat mengelakkan daripada sayur tersebut dibuang sekaligus mengurangkan pembaziran yang sia-sia.

BACA JUGA : APAKAH PUASA HARI PUTEH?

Dalam video clip tersebut, Alesha menggunakan sayur brokoli yang telah bertukar warna, kemudian memotong sedikit bahagian hujung sayur tersebut dan letak ke dalam bekas cawan yang berisi air kemudian diletakkan di dalam peti sejuk.

Setelah beberapa jam kemudian, Alesha mengeluarkan semula sayur tersebut dan menunjukkan pada awalnya berwarna kuning, kini telah bertukar menjadi hijau.

brokoli

Video tersebut telah ditonton sebanyak 280,000 dan mendapat 40,000 likes. Jadi apa tunggu lagi, jom cuba!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Sumber:

Mirror.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *