positive cashflow for your house 17.8.16 1

Bercerita tentang sewakan rumah, mesti ada sebab tertentu kenapa pemilik nak sewakan. Salah satunya mungkin sebab dah beli rumah baru dan rumah lama tak nak jual sebab sayang. Sambil itu ada buat income masuk dari sewaan kerana sebab utamanya adalah rumah itu dibeli untuk pelaburan.

Dalam artikel kali ni akan kongsikan tips pelaburan hartanah melalui sewaan. Moga tips ini bermanfaat kepada pelabur-pelabur hartanah di Malaysia.

Tips Pelaburan Hartanah Melalui Sewaan
  1. Beli Rumah Di Bawah Market Value
Tips Pelaburan Hartanah: Beli rumah bawah market value
Tips Pelaburan Hartanah: Beli rumah bawah market value

Asas kepada strategi pelaburan hartanah adalah dengan membeli hartanah pada harga yang lebih murah di pasaran atau dalam bahasa below market value. Ramai pelabur hartanah di luar sana yang mencari hartanah di bawah harga pasaran dengan harapan membuat keuntungan dari hartanah tersebut dengan menunggu harganya meningkat untuk satu tempoh jangka panjang.

Jika kita membeli hartanah di bawah harga pasaran, jumlah pembiayaan bulanan pastinya rendah. Yang paling penting sekali ialah membeli rumah yang boleh disewakan sekurang-kuranya 70% daripada pembiayaan bulanan. Mencari rumah below market value memang sukar, tetapi sebenarnya tidak mustahil.

2. Masukkan Sebahagian Perabot Dan Cantikkan

Tips Pelaburan Hartanah: Masukkan Sebahagian Perabot
Tips Pelaburan Hartanah: Masukkan Sebahagian Perabot

Apabila hartanah kita lengkap dan selesa, penyewa akan duduk atau sewa di hartanah kita lama. Kebiasaannya pelabur hartanah akan melengkapkan dengan keperluan asas harian manusia seperti:

  • Tirai siap dipasang
  • Grill tingkap dan pintu untuk keselamatan
  • Lampu, kipas dan aircorn siap dipasang
  • Kabinet dapur
  • Tempat sidai pakaian
  • Katil bujang, beserta tilam, bantal dan cadar (sewaan sesuai untuk orang bujang)

3. Iklankan Perumahan di Online

Tips Pelaburan Hartanah: Iklankan Perumahan di Online
Tips Pelaburan Hartanah: Iklankan Perumahan di Online

Zaman sekarang ini banyak kemudahan yang tersedia. Salah satu kemudahan orang ramai menggunakan ialah internet. Hampir semua orang menggunakan internet ini. Apabila kita menggunakan internet sebagai platform periklanan perumahan online, ia sangat membantu untuk mencari penyewa atau pembeli hartanah dengan cepat.

Kita kena pastikan iklan rumah itu ada pendedahan di trafik yang betul. Ada 5 platform periklanan online hartanah di Malaysia, antaranya yang terbaik ialah:

Nota: portal iProperty dan Propertyguru tu hanya untuk ejen sahaja.

4. Beli, Sewa dan Simpan

Tips Pelaburan Hartanah: Beli, Sewa dan Simpan
Tips Pelaburan Hartanah: Beli, Sewa dan Simpan

Kaedah ini memberikan dua kelebihan kepada pelabur hartanah.
Antaranya ialah kenaikan nilai hartanah pada jangka panjang dan memberi pulangan dari lebihan sewa yang diperolehi. Sewaan tersebut boleh digunakan kembali untuk membayar balik pinjaman kita.

Di dalam strategi beli, sewa dan simpan ini, kita hanya perlu tumpukan kepada lebihan sewa bulanan, iaitu setelah segala kos-kos berkaitan dilangsaikan (termasuk installment bulanan) agar simpanan hari tua kita terjamin.

Jangan tunggu untuk membeli hartanah, tetapi beli dan tunggu.

Dr Azizul Azli Ahmad

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad & Faizul Ridzwan

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *