Push Start Button

Push Start Button?

Push Start Button sudah tidak asing lagi untuk pengguna-pengguna kenderaan zaman kini. Dengan kehadiran keyless features yang sangat praktikal dari aspek sekuriti sangat sangat memudahkan dan mengurangkan risiko jenayah yang melibatkan kehilangan kenderaan.

Namun masih ramai lagi yang belum tahu cara yang sebenar penggunaan Start Button ini. Penggunaan yang baik mampu meningkatkan tempoh kondisi starter engine kepada suatu tempoh yang lama. Jadi, ayuh kita ikuti 4 Cara Start kereta dengan Push Start Button.

Push Start Button

Kesalahan Utama pengguna kenderaan Push Start Button

Cara general yang hampir kesemua pengguna tahu adalah dengan kaki menekan brek dan seterusnya menekan butang Start Button. Untuk pengetahuan para pembaca, ini adalah KESALAHAN BESAR.

Kesalahan yang akan di highlight disini adalah start engine dalam keadaan mengejut. Kesalahan ini sangat penting dan harus di tekankan. Start secara mengejut ini boleh memberi kesan pada Engine Control Unit (ECU) kereta di dalam jangka masa panjang.

Jadi untuk mengurangkan risiko ECU cepat rosak, digalakkan untuk tidak start kenderaan anda dalam keadaan mengejut.

universal toyota keyless entry push start button alarm system 1539593362 acf8a1bb0

Cara yang sebenar untuk Start Engine menggunakan Push Start Button

Cara yang betul untuk start engine anda adalah:

  1. Tekan button Push Start sebanyak 2 kali dan perhatikan lampu di panel bercahaya
  2. Tunggu sehingga lampu panel tersebut tidak bernyala ataupun dalam mod off
  3. Apabila lampu panel semua telah terpadam, letakkan kaki di brek dan tekan brek
  4. Tekan start button

Cara ini adalah untuk mengelakkan dari start yang mengejut dan boleh memudaratkan ECU kenderaan anda. Lighting Panel indicator itu adalah untuk detect kesemua panel dan memberi isyarat buat enjin yang ia akan masuk proses pembakaran.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna kenderaan diluar sana untuk lebih berhati hati dan cermat dalam pengendalian Push Start Button anda.

Sumber: Facebook

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *