The pocket rocket man MALAYSIA

Azizulhasni Awang “The Pocket Rocket Man” Harum Nama Negara

The Pocket Rocket Man
“The Pocket Rocket Man kini menghuni kedudukan teratas dalam ranking dunia acara pecut individu, manakala bagi acara keirin beliau berada di kedudukan nombor dua. Gambar Twitter Institut Sukan Negara 

“The Pocket Rocket Man”, Itulah gelaran buat ikon berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang apabila meraih tonik suntikan semangat dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini selepas menghuni kedudukan teratas dalam ranking dunia acara pecut individu.

“Saya gembira dengan ranking semasa ini. Sudah tentu ia menjadi pembakar semangat buat saya dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo. Bagi saya, ia juga berita gembira buat arena sukan berbasikal negara.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan saya memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo nanti,” katanya kepada Bernama, hari ini.

The Pocket Rocket Man
Ciapan dari twitter milik Azizulhasni Awang

Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) kelmarin (9 Februari 2021), pelumba yang dikenali dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu mengumpul 1,600 mata untuk berada di tangga teratas.

Manakala pelumba yang berasal dari Jepun iaitu Tomohiro Fukaya pula berada pada kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata diikuti Sam Webster dari New Zealand mengumpul 1,390 mata di tempat ketiga.

Tidak cukup dengan itu, dalam acara keirin pula, Mohd Azizulhasni berada pada kedudukan kedua setelah meraih 1,740 mata di belakang Kevin Quintero dari Colombia yang mengumpul 1,790 mata.

The Pocket Rocket Man
Tidur nyenyak bersama pingat emas dimenanginya dalam acara Keirin ketika beraksi di Australia National Championship di Brisbane pada penghujung tahun 2020

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu juga berharap berita gembira itu menjadi sumber inspirasi kepada atlet muda negara dalam mengejar cita-cita mereka bagi mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.

Sementara itu, dalam ciapan Twitter Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Mohd Azizulhasni itu.

the pocket rocket man

“You’ve already been number 1 in Malaysia for so long…and now you’ve taken your well deserved spot at the top of the world. Steady Jijoe! @AzizulAWANG Keep it up. (Anda sudah pun menjadi nombor satu di Malaysia sejak sekian lama…dan kini anda mendapat tempat yang selayaknya di dunia),” kata Reezal Merican menerusi akaun Twitter @reezal_merican.

Bagi kategori pecut individu, rakan seperjuangan Mohd Azizulhasni, iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom berada di tangga ke-18 dunia dengan 922.5 mata, Muhammad Fadhil Mohd Zonis pada kedudukan ke-103 dengan 237 mata, manakala Amar Danial Masri di tempat ke-248 selepas meraih 75 mata. – BERNAMA

Bagaimana boleh tercetusnya minat berbasikal

Anak kelahiran Dungun, Terengganu ini memulakan karier basikalnya seawal usia 10 tahun. Waktu itu dia tertarik pada acara berbasikal selepas melihat abangnya berlumba basikal. Dari minat timbul kemahuan dan keinginan. Dia mula fokus dan berlatih.

Azizul mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Arwah bapanya memberikan hadiah sebuah basikal terpakai sebagai hadiah.
Azizul makin terdorong dan bersemangat.

Memulakan karier sebagai pelumba basikal

Azizul ini orangnya kecil saja. Sebab itu dapat jolokan The Pocket Rocketman. Namun semangatnya luar biasa hebat. Jiwanya besar! Beliau mula mendapat perhatian apabila memenangi pingat perak dalam kejohanan berbasikal pecut pada tahun 2009.

Setahun kemudian, The Pocket Rocket Man meraih pingat perak dalam kategori keirin. Dia dinamakan Malaysian Sportsman selama dua tahun berturut-turut untuk tahun 2009 dan tahun 2010.

Namun disebalik kejayaan yang dicapai pastinya ada kisah yang tidak dapat dilupakan oleh The Pocket Rocket Man ini. Pastinya anda teringat berita yang mengejutkan apabila Azizul pernah terlibat dengan kemalangan serius dalam acaran kegemarannya, pusingan akhir keirin ketika di Manchester. Serpihan kayu sepanjang 20 cm menembusi betisnya. Akibat daripada itu, segala kejohanan sepanjang 2011 terpaksa dilupakan The Pocket Rocket Man. – Sumber

The Pocket Rocket Man
Disebalik kisah kejayaan The Pocket Rocket Man, terselit juga kisah duka. Namun bukan penghalang buat jaguh negara ini untuk mengalah. Tahniah!

Juara Dunia Track Cycling World Championships 2017

“Selama 10 tahun saya cuba menjadi juara dunia. Saya sudah hampir untuk menang namun tewas pada Chris How pada waktu itu” (2010 Copenhaagen, Denmark)

Jom imbas balik kepaduan The Pocket Rocket Man

“Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menjadi juara dunia. Terima kasih seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan mendoakan kejayaan ini”.

Tahniah buat The Pocket Rocket Man!! Semoga menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. InsyAllah. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Lagi artikel menarik:

  1. Nicol David Win The World Greatest Athlete of All Time With 318,943 Votes
  2. Extraordinary Story of Anak-anak Sidek, 5 Lagenda Badminton Malaysia
  3. Harga Emas Dijangka Naik RM500/g Tahun 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *