ustaz ebit lew
Ebit Lew – Insan Yang Banyak Menyantuni Masyarakat Dengan Hikmah.

Siapa tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew? Alhamdulillah syukur dikala dunia sibuk berperang dengan penularan Covid-19, dengan izin ALLAH masih ada insan yang berhati mulia yang sedia menghulurkan bantuan tanpa mengira siapa dan dimana rakyat Malaysia berada.

Jom kita ketahui serba sedikit tentang biodata Ustaz Ebit Lew yang hebat ini! Ustaz Ebit Lew dilahirkan di Muadzam Shah, Pahang pada 21 Disember 1984 dengan nama Lew Yun Pau. Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik. Beliau memeluk agama Islam pada usia 12 tahun selepas diberi hidayah untuk mendalami Islam. Alhamdulillah! – Sumber

ebit lew muda


Dari latar belakang pendidikan pula, berikut merupakan sekolah dan pusat pengajian yang pernah beliau duduki semasa menuntut ilmu dahulu.

  • SK Bukit Ridan (1991-1996)
  • SMK Muadzam Shah (1997-1999)
  • SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
  • SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Dari segi penganugerahan pula, ustaz Ebit Lew pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M. Selain itu, beliau pernah menjadi Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan Allahyarham Profesor Hanim Tahir selama 4 tahun. Beliau juga merupakan penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam AgamakuIslam Itu IndahUsrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM dan Sinar.

keluarga sunnah 1

Ebit Lew juga dikenali dengan beberapa produk perniagaan. Beliau mempunyai syarikat latihan dan motivasi bernama Transform Training & Consultancy dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah. 

Elewsmart

Selain itu, beliau juga mempunyai jaringan pasar raya Elewsmart yang mula beroperasi pada 18 Julai 2020 dengan pembukaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi. Beliau juga mengusahakan produk pakaian di bawah jenama Elew’s Design.

Paramount Coffee House

Selain itu, beliau juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan iaitu Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Putrajaya.

Dermawan yang sentiasa menyantuni masyarakat. Allahuakbar!

Sebelum berbicara lebih panjang, Jom tengok video di link sebelah. Klik sini

Begitulah mulianya keperibadian ustaz Ebit Lew. Bukan niat hendak menjunjung tinggi beliau, namun keperibadian beliau telah menyentuh hati dan perasaan rakyat Malaysia yang rata-rata menghargai niat murni beliau. Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki seperti air zam-zam yang mengalir tanpa henti. InsyALLAH. Aminn.

tolong masyarakat

Tidak cukup dengan itu, sewaktu hangat isu mengenai pelajar IPT yang terpaksa pulang semula ke kampung halaman, beliau tanpa membuang masa mengusahakan bas percuma kepada pelajar-pelajar IPT berkenaan yang terpaksa pulang semula ke rumah masing-masing selepas pendaftaran masuk secara fizikal ke pusat pengajian itu ditangguhkan susulan penularan wabak Covid-19.

bas ebit lew

Terbaru, simpati melihat keadaan penduduk di Selangor yang terkesan akibat ketiadaan bekalan air mendorong beliau, ustaz Ebit Lew membantu menghantar dua lori tangki membawa air bagi membantu penduduk di kawasan pinggiran Batu Caves, Gombak yang terjejas dengan masalah itu.

Ternyata perkara ini mendapat pujian netizen yang rata-rata mengucapkan jutaan terima kasih kerana bertindak pantas membantu mereka yang memerlukan.

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan.

Dari 10 malam, kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area (kawasan) pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana sekitar Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya.

Ustaz Ebit Lew turut meluahkan rasa sedihnya dengan apa yang berlaku terutama selepas melihat warga emas dan kanak-anak yang beratur untuk mendapatkan bekalan air.

“Paling sayu pak cik, mak cik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.”

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya.”

Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ahli jawatankuasa (AJK) semua kuat membantu bersama AJK surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua,” katanya.

Menurut ustaz Ebit Lew, ramai yang meminta bantuannya termasuk pusat dialisis dan klinik.

Insya-Allah doakan semuanya dimudahkan,” katanya.

Semoga apa yang telah dilakukan beliau mendapat balasan dari ALLAH SWT. Semoga artikel ini menjadi asbab untuk kita semua menteladani sikap terpuji yang ditonjolkan oleh beliau. InsyALLAH.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *