11

Ketahui Terma Asas Dalam SPA/SNP Hartanah. Ilmu Yang Sangat Berguna!

SPA jual beli hartanah ialah perjanjian yang digunakan terutamanya untuk transaksi penjualan yang kompleks melibatkan hartanah dan aset perniagaan. Perjanjian ini berbeza dengan penjualan yang lain kerana syarat-syarat mestilah dipenuhi terlebih dahulu agar penjualan dapat diselesaikan.

Banyak bentuk perjanjian hartanah mempunyai struktur yang sama, tetapi boleh berbeza mengikut negeri ke negeri lain. Bergantung pada undang-undang dan garis panduan tempatan.

Terma Asas Dalam SPA/SNP Hartanah

1. Pengenalan

Terma Asas Dalam SPA/SNP Hartanah

Perjanjian jual beli hartanah mengandungi maklumat penjual/pemaju dan pembeli terperinci seperti nama penuh, alamat, nombor telefon dan penandatangan bersama yang terlibat. Ia juga menyenaraikan jenis penjualan, harga jualan hartanah, tarikh perjanjian awal, deposit yang perlu dibayar, tarikh kontrak berakhir dan tarikh pertukaran hak milik. Perjanjian jual beli ini dianggap sebagai dokumen “hidup” kerana sangat sering disemak.

2. Maklumat & Pemeriksaan Hartanah

home inspection checklist

Penerangan detail mengenai hartanah perlu dinyatakan termasuklah kekurangan atau kerosakan yang diketahui pada saat perjanjian. Perjanjian ini juga membenarkan pembeli memeriksa hartanah tersebut dan mengupah pakar untuk pemeriksaan. Setelah pemeriksaan, sekiranya terdapat sebarang kecacatan yang tidak diketahui atau diberitahu oleh penjual, pembeli boleh merundingkan semula atau keluar dari kontrak perjanjian.

3. Maklumat Pembayaran

pembayaran deposit

Proses pembiyaan penting dalam setiap kontrak hartanah. Bahagian ini menyatakan maklumat mengenai cara pembayaran dan pinjaman pembeli. Antara maklumatnya seperti jumlah deposit yang perlu disediakan dan jenis pinjaman. Kebiasaannya bayaran deposit sebanyak 3% atau 10% akan dibayar pada waktu sign SPA dan bakinya akan dijelaskan melalui pinjaman Bank atau LPPSA berdasarkan persetujuan antara pembeli dan penjual.

4. Pemilikan

memberi kunci rumah

Perjanjian SPA akan menyatakan bahawa penjual mempunyai hak untuk menjual hartanah dan melepaskan semua dokumen dan rekod pemilikannya kepada pembeli. Penjual juga perlu bertanggungjawab untuk membayar apa-apa cukai dan bil utiliti semasa yang tertunggak sebelum dipindah milik kepada pembeli.

5. Terma Lain-Lain

terms and condition

Selain itu, ada beberapa terma asas yang kita perlu ambil tahu. Salah satunya seperti di bawah:

  • Bayaran cukai tanah dan cukai berkaitan dengan jual beli hartanah tersebut akan dipertanggung oleh pembeli mulai tarikh pemilikan diserahkan oleh penjual/pemaju kepada pembeli
  • Undang-undang Malaysia terhadap transaksi jual beli hartanah tersebut
  • Penyerahan dokumen atau urusan surat menyurat melibatkan kedua-dua pihak
  • Masa atau tempoh intipati perjanjian
  • Kos guaman dan stamp duty pindah milik dan lain-lain

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *