tazkirah

Tazkirah berkenaan ada satu cerita yang hendak dikongsikan berkenaan dengan gambaran betapa kuatnya peranan hati dalam kehidupan. Tazkirah ini adalah cerita dongeng yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

Tazkirah sebuah kisah seekor tikus yang bersahabat dengan seorang ahli ilmu hidup dalam ketakutan di sebuah rumah besar. Apa tidaknya, dia sentiasa dikejar oleh seekor kucing besar peliharaan tuan rumah. Tidak tahan dengan penderitaannya, si tikus menemui ahli ilmu.

“Tolong ubah diriku menjadi seekor kucing yang lebih besar daripada kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi.”

tikus2

Ahli ilmu itu pun menukar si tikus menjadi seekor kucing seperti yang dipintanya.

Setelah menjadi kucing besar, si tikus terus mengejar kucing yang mengejarnya dahulu. Kucing rumah lari lintang-pukang dibuatnya. Si tikus berjalan penuh bangga. Rumah itu seolah-olah dikuasainya. Tidak lama kemudian si tikus yang berubah menjadi kucing itu pun keluar dari rumah. Dia ingin berjalan-jalan di halaman rumah hinggalah ke tepi jalan raya.

Tazkirah – Kisah Hati Si Tikus
Tazkirah Kisah Hati Si Tikus 1
Tazkirah Kisah Hati Si Tikus

Sebaik tiba di tepi jalan, datang seekor anjing mengejarnya. Si tikus yang menjadi kucing itu terkejut dan kecut. Dia bertempiaran lari menyematkan diri.

“Tolong, tolong aku wahai sahabatku. Ubahkan aku menjadi anjing garang yang lebih besar…”

Tanpa membuang masa, ahli ilmu menggunakan kuasanya menukar si tikus dari seekor kucing menjadi seekor anjing yang besar.

Sebaik menjadi anjing besar, si tikus terus melompat keluar ke halaman rumah dan dikejarnya anjing yang mengejarnya dahulu. Oleh kerana badannya lebih besar, anjing itu pun lari. Sekarang, si tikus yang menjelma menjadi anjing itu semakin bangga. Dia melompat, menyalak dan berlari-larian di tepi jalan hingga ke seberang jalan.

tikus

Rupa-rupanya di seberang jalan ada sekumpulan budak nakal. Melihat anjing menyalak dan melompat-lompat, mereka jadi marah. Dengan lastik yang ada di tangan, mereka melastik si anjing itu. Batu-batu yang mengenai badan, kaki dan kepala si tikus itu sangat menyakitkan. Si tikus yang menjadi anjing besar itu lari menyelamatkan diri… kembali menemui si ahli ilmu.

“Tolong, tolong… matilah aku kali ini!”

“Mengapa?”

“Aku dilastik budak-budak nakal. Tolong tukarkan aku menjadi…”

“Tak payah,” pintas ahli ilmu.

“Kenapakah begitu? Bukan kah sebelum ini kamu boleh sahaja menukarkan aku menjadi apa sahaja?”” tanya tikus kehairanan.

“Aku boleh menukarkan kau menjadi apa jua yang kau minta. Tetapi semua itu tidak ada gunanya, selagi…”

“Selagi apa?”

“Selagi hatimu tetap hati tikus. Hati yang pengecut. Sebabnya, walaupun rupa paras kamu boleh untuk aku ubah, tetapi hati kamu tetap berhati tikus!”.

Itulah peranan hati. Walaupun bentuk fizikal boleh berubah, tetapi jika hati tidak berubah, maka kita tidak boleh memanfaatkan apa sahaja.

Pengajaran: Perubahan hanya dapat dilakukan bila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila telah kaya. Tetapi setelah kaya, pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain. Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta, tetapi oleh hati yang pemurah!

Berdasarkan tazkirah diatas, adakah hati kita seperti hati tikus?Padamkanlah sekiranya ada pada diri kita. Mohon pada Allah agar kita dijauhkan dari sifat PENGECUT. 
Boleh amalkan doa’ ini

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ

 وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ

وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ 

وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ 

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”Moga bermanfaat!

Semoga pembaca mendapat input yang bermanfaat daripada tazkirah di atas. InsyAllah semoga kita sama-sama dapat pengajaran daripada takzirah ini.

Sumber

Semoga takzirah “Kisah Hati Si Tikus Coward!” ini memberi manfaat kepada semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *