gunung G7

Jadikan Ekspedisi Gunung 7 (G7) KPI Menjadi Seorang Kaki Hiking Hebat.

GUNUNG TAHAN

Ramai yang menjadikan aktiviti hiking sebagai hobi bagi mengisi masa lapang atau aktiviti outdoor yang cool disamping mencabar ketahanan mental dan fizikal. Ada pula yang menjadikan hiking sebagai trend yang hanya sekadar kepuasan menangkap gambar untuk diupload ke laman media sosial. Terpulang kepada diri masing-masing namun bagi hikers kental, istilah “G7” adalah satu terma yang cukup sinonim dan membawa maksud tersendiri kepada setiap pendaki.

G7 merujuk kepada Tujuh Gunung Tertinggi di Semenanjung Malaysia yang merentasi Banjaran Titiwangsa dan G7 juga melebihi 7,000 kaki dari aras laut. G7 semestinya perlu ada dalam senarai wajib panjat kerana ia sangat mencabar mental dan fizikal. Kejayaan menawan setiap puncak di G7 adalah satu kepuasan yang tidak ternilai kepada para hikers kental. G7 terdiri daripada:

  1. Gunung Tahan (2,187m)
  2. Gunung Chamah (2,171m)
  3. Gunung Ulu Sepat (2,161m)
  4. Gunung Yong Yap (2,168m)
  5. Gunung Korbu (2,183m)
  6. Gunung Gayong (2,173m)
  7. Gunung Yong Belar (2,181m).
Yong Belar e1580642714560

Bagi kaki hikers yang kental, mereka tidak menafikan sememangnya pendakian G7 adalah suatu pengalaman yang amat mencabar namun berharga. Bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam aktiviti hiking ini pastinya akan teruja akan permandangan di atas gunung yang cantik dan tenang.

Sebenarnya minat mendaki boleh dipupuk dengan memulakan dengan memanjat bukit-bukit yang lebih rendah terlebih dahulu dan dibawa oleh kenalan yang mahir akan selok belok ilmu pendakian. Dari situ anda akan dapat mengumpul pengelaman sikit demi sedikit. Inilah yang membawa kepada kecintaan kepada aktiviti pendakian dan secara tidak langsung anda mampu untuk mengharungi pendakian yang mencabar seperti pendakian G7.

Dalam memenuhi pendakian G7, ramai hikers memilih Trans Titiwangsa V1 yang merupakan pendakian tiga gunung sekaligus, pendakian kali ni tidak seperti pendakian yang lain kerana ianya perjalanan merentasi Banjaran Titiwangsa. Pendakian yang boleh memakan masa lebih kurang 1 minggu (masa pendakian hanya anggaran sahaja) ini dipanggil pendakian Version 1 kerana ianya merangkumi pendakian ke Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar sebagai gunung utama G7. Pendakian ini bermula di Cameron Highlands, Pahang dan akan turun di Ulu Kinta, Perak.

kembara gunung 3
Syamil dan rakan pendakian

Untuk pendakian Version 1 ini, menurut salah seorang hikers bernama Syamil yang telah berjaya melakukan aktiviti pendakian ini, mereka perlu memanjat 387 anak tangga dan kemudiannya perlu berjalan di atas getah paip yang diameternya hanya sebesar botol air mineral. Ketika pendakian Syamil, ketika itu hujan amat lebat dan ada bahagian paip yang telah ditenggelami air banjir namun kata Syamil mereka redah juga. Kemudian mereka perlu merentasi sungai tetapi ada pokok tumbang jadi mereka perlu panjat dan berjalan atas pokok tersebut. Air sungai terlalu deras dicampur air hujan dan air lumpur, agak mengerikan. Betul-betul kental!

kembara gunung 4
Syamil dan rakan meredah sungai deras yang laluannya licin

Syamil dan 10 rakan ekspedisinya ketika itu ditemani seorang pemandu arah bernama Bob dan masing-masing membawa beg hampir seberat 16kg setiap satu. Walaupun pendakian V1 ini selalunya mengambil masa enam ke tujuh hari, tetapi mereka bertekad untuk memendekkan pendakian ini kepada empat hari! Amazing betul dengan jiwa kental mereka, jadi untuk mencapai target setiap hari mereka perlu berjalan selama 12 ke 13 jam untuk melengkapkan ekspedisi mereka selama empat hari! Bravo!

kembara gunung 5
Keadaan ketika pendakian, kelengkapan perlu mencukupi untuk aktiviti pendakian G7 ini

Menurut Syamil, hujan langsung tidak berhenti semasa pendakian dilakukan dan mereka terpaksa berjalan dalam lumpur sehingga separas lutut. Hari pertama mereka tiba di puncak Gunung Yong Belar, cabaran bagi mereka adalah untuk mendirikan khemah kerana keadaan tanah yang basah dan berlumpur ditambah suhu yang amat sejuk. Namun mereka menggagahkan diri mereka untuk memasang khemah kerana mereka sudah terlalu sejuk, lapar dan penat.

Setelah khemah berjaya dipasang, air lumpur turut meresap masuk dalam khemah dek kerana tanah yang basah dan berlumpur tadi. Tuhan saja yang tahu, hendak atau tidak Syamil dan rakan hadap sahaja asalkan dapat rehatkan badan mereka.

kembara gunung 6
Paras lumpur sehingga paras lutut

Dihari kedua mereka meneruskan pendakian walaupun ada perasaan give up. Seawal jam lima pagi Syamil dan rakan bergerak ke Puncak Gayong dalam keadaan hujan dan jalan trekking yang berlumpur. Setelah 13 jam mengharungi perjalanan, mereka tiba dipuncak pada jam 9 malam. Keadaan sama setibanya di puncak, pasang khemah dan tidur. Tidak hiraukan keadaan kawasan yang tidak selesa kerana mereka sudah kepenatan. Makanan yang dibawa seperti mee segera dan biskut pula habis rosak dan lembab, tambah Syamil lagi.

Dihari ketiga tepat jam 5 pagi mereka bergerak ke puncak Korbu pula. setibanya dipuncak mereka seperti biasa mereka terus setup kawasan untuk tidur, badan sudah kepenatan namun dalam hati ada sedikit gembira kerana memikirkan keesokan harinya sudah boleh balik.

Bob pemandu arah mereka memberitahu terdapat satu laluan turun yang cepat yang hanya mengambil masa lapan ke sembilan jam sahaja. Namun tibanya masa untuk turun Bob memaklumkan berita yang kurang baik iaitu ada tanah runtuh pada laluan berkenaan jadi mereka terpaksa menggunakan laluan yang sama semasa naik untuk turun ke bawah. Setelah diberitahu, ada diantara mereka menurut Syamil telah mental koyak kerana kepenatan yang membawa kepada sedikit pergaduhan. Kata sepakay tidak dapat dicapai, ada yang memberi idea untuk menelefon helikopter padahal telefon semuanya sudah kehabisan bateri.

kembara gunung 2
Laluan mereka ketika pendakian

Tetapi akhirnya mereka terpaksa bersetuju untuk turun jalan yang sama. Dugaan tidak habis disitu, salah seorang daripada mereka telah terjatuh ke dalam sungai yang deras tetapi mujur sempat berpaut pada dahan kayu. Mereka juga terjumpa ular sawa besar yang memaksa mereka untuk memanjangkan lagi perjalanan mereka kepada 20 jam. Setelah pelbagai dugaan berjaya mereka tempuhi, Alhamdulillah mereka berjaya sampai ke bawah.

g7
Indah ciptaan Illahi, kebesaranNya yang tidak dapat disangkal lagi

Untuk menjadikan hiking sebagai hobi, pelbagai perkara penting harus diutamakan terutamanya keselamatan. Penyediaan air minuman yang cukup juga amat diperlukan ketika melakukan pendakian gunung. Selain itu, adalah dilarang untuk sesiapa sahaja membuang sampah merata-rata. Sekiranya anda naik keatas membawa 10 barang anda, turun pun anda perlu membawa 10 barang tersebut walaupun yang tinggal adalah cuma plastik gula-gula.

Sumber: rojakdaily.com

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Artikel Menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *