Syafiq Ahmad Bersama Keluarga Terlibat Kemalangan

NIBONG TEBAL: Penyerang Muda Harimau Malaya, Syafiq Ahamd terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran sungai Bakap pada jam 5.00 pagi tadi. Kemalangan berlaku berpunca akibat keretanya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Akibat daripada kemalangan tersebut, bayi Syafiq Ahmad yang baru sahaja berusia 22 hari maut di tempat kejadian. Selain itu, dua wanita, difahamkan Ibu Mertua Zainab, Wahab 45 tahun dan pembantu rumahnya Titik Sukamti, 30 tahun turut terkorban dalam kemalangan ngeri tersebut.
Manakala anak sulung dan Syafiq ahmad masing-masing mengalami cedera ringan. Walaubagaimanapun, isterinya dimasukkan ke wad merah akibat cedera parah dan telah dikejarkan ke hospital berhampiran.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.
Sebaik tiba, pihaknya mendapati sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.
“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu.”Pasukan bomba dengan PPE lengkap kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.10 pagi.”Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber : Astro Awani
Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my