sunat

Sunat Salah Satu Tuntutan Dalam Aspek Menjaga Kebersihan Diri

sunat
Sumber: modernmumthingy.com

Sunat atau berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar perlu dibuang. Secara lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar usia 7 tahun hingga 12 tahun. Khatan juga dilakukan sebagai prosedur sampingan semasa melakukan pembedahan.

Benda rasa macam kena gigit semut je! Ayat pancing paling “win” yang mak ayah selalu guna bila tiba musim cuti sekolah. Mengimbau kembali kenangan admin masa bersunat dulu secara tradisional. Tiada ubat bius, tiada jahitan dibuat selepas settle potong, duduk atas batang pisang dengan 5 ke 6 orang dewasa pegang badan. HAHAHAHA! Pengalaman!

sunat

Namun disebalik kenangan yang dianggap sebagai “nightmare” buat anak anak itu, ianya adalah merupakan satu tuntutan dalam aspek kebersihan diri yang amat dititik beratkan di dalam Islam. Sebagai ibu bapa kita perlu meyakinkan mereka terhadap aktiviti berkhatan ini. Beritahu mereka kebaikan berkhatan dan ceritakan keseronokan bersunat bersama rakan rakan yang lain. InsyAllah, mudah untuk kita sebagai ibu bapa “nego” dengan anak anak.

sunat doktor
Ilutrasi sebelum dan selepas berkhatan

Untuk ibu bapa yang ingin anak mereka dikhatankan seawal usia bayi yang baru lahir, kaedah plastibel adalah kaedah yang paling kerap digunakan. Selepas kulit preputial dipotong sedikit di sebelah hadapan, alat plastibel akan dikepitkan pada kepala zakar. Benang seterusnya dijerutkan pada lekuk plastibel dan lebihan kulit preputial akan dibuang.

sunat bayi

Seterusnya untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya sekitar 7 tahun hingga 12 tahun, sunat akan dilakukan menggunakan sama ada kaedah clamp atau pun menggunakan kaedah freehand.

Jika anda memilih menggunakan kaedah clamp, ia seperti kaedah plastibel untuk bayi tadi. Terdapat banyak jenis clamp yang boleh digunakan dan antara yang sering digunakan oleh ibu bapa adalah jenis Sunathrone, Smartklamp dan Ismail Clamp. Teknik ini memakan masa yang singkat dan tidak memerlukan jahitan. Ia juga lebih selamat. Anak suka, ibu percaya! Eh macam dialog dalam iklan pula. Huhuhu!

sunat clamp
Peralatan yang digunakan untuk teknik clamp

Seterusnya bagi penggunaan kaedah freehand pula, terdapat dua teknik yang digunakan iaitu teknik dorsal slit atau teknik guillotine yang dikatakan lebih selamat. Kaedah freehand adalah teknik di mana gunting digunakan untuk membuang kulit lebihan zakar diikuti dengan jahitan menggunakan benang.

sunat kaedah freehand

Bagi aktiviti berkhatan versi moden kini, semuanya memerlukan bius untuk mengurangkan rasa sakit pada kanak kanak selain memudahkan urusan petugas kesihatan untuk melakukan aktiviti berkhatan.

Pantang selepas berkhatan

Kanak kanak yang berkhatan perlu ‘berpantang’ selepas bersunat. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya bentan. Jika pantang dilakukan dengan baik, InsyAllah luka dari sunat itu akan segera sembuh. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah

  • Elakkan anak anak dari melakukan aktiviti lasak. Kebiasaannya kanak kanak tidak lari dari sikat lasak mereka, jadi untuk beberapa hari ibu bapa perlu minta mereka peram dahulu lasak mereka.
  • Standby ubat tahan sakit seperti panadol jika perlu. Biasalah anak anak ada ragamnya. Bersabarlah wahai ibu dan bapa.
  • Memastikan hujung zakar kering dan bersih. Pada awalnya, ia mungkin kelihatan sedikit bengkak tetapi akan surut setelah beberapa lama. Masa yang diambil untuk pulih kebiasaannya antara 7 hari hingga 10 hari, bergantung kepada teknik yang digunakan.
sunat ramai ramai

Kelebihan berkhatan

Prosedur ini kini bukan hanya dilakukan oleh orang Islam, malah ramai juga yang turut membuat keputusan untuk melakukannya ke atas anak-anak mereka di luar sebab agama kerana kelebihan yang ada. Di Amerika Syarikat, 55% hingga 65% lelaki menjalani prosedur ini.

Antara kelebihannya adalah:

  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) sebanyak 10 kali ganda.
  • Risiko kanser zakar berkurang.
  • Menambah perlindungan ke atas penyakit kelamin termasuk HIV.
  • Keadaan seperti iritasi, radang dan jangkitan lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka yang tidak berkhatan.

Sumber

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *