Sriwijaya Air Terhempas Bukan Nahas Udara yang Pertama di Indonesia
Pada 9 Januari 2021, Dunia digemparkan dengan berita Pesawat milik Syarikat Sriwijaya Air terhempas di sekitar Pulau Laki, Kepulauan Seribu, Jakarta sekitar pukul 2.40 pagi waktu tempatan selepas berlepas dari Bandar Soekarno Hatta.
Pesawat yang terhempas dengan nombor penerbangan SJ-182 yang dalam perjalanan ke Pontianak, Kalimantan Barat itu sekaligus menambah lagi jumlah kemalangan yang melibatkan kapal terbang jenis komersial di Indonesia yang meragut ratusan nyawa manusia.
2 tahun yang lalu, pesawat milik Syarikat Lion Air dengan nombor penerbangan JT-610 terhempas di kawasan pantai Karawang, Jawa Barat yang mengorbankan nyawa 189 penumpang dan kru pesawat.
Berikut adalah 5 tragedi kemalangan terburuk nahas kapal terbang jenis komersial di Indonesia:
1. Lion Air JT-610 di Karawang, Jawa Barat pada 2018

Nahas kapal terbang jenis Lion Air dengan nombor penerbangan JT-610 terjadi pada 29 Oktober 2018. Kapal terbang ini dalam perjalanan menuju ke Pangkal Pinang setelah berlepas dari Bandara Soekarno-Hatta.
Penerbangan ini menggunakan pesawat jenis Boeing 737 MAX 8. Boeing 737 MAX 8. Kapal terbang malang tersebut Baru sahaja 13 minit terbang di ruang udara tiba-tiba hilang dari radar sekitar pukul 6.33 pagi waktu tempatan.
Semua penumpang yang berjumlah 189 orang masing-masing terdiri daripada 179 penumpang dewasa, 1 penumpang kanak-kanak, 2 bayi, 2 pilot, 5 kru kapal terkorban dalam nahas kapal terbang tersebut.
Berdasarkan penyiasatan yang telah dijalankan mendapati punca nahas kapal terbang terbabit berpunca daripada Computer Controlled Stability System yang dikenali sebagai MCAS (Maneuvering Characteristic Augmentation System).
MCAS ini berfungsi untuk memberi signal atau isyarat untuk mengenal pasti kerosakan mana-mana bahagian pesawat yang mengalamai masalah teknikal. Disebabkan masalah teknikal yang di alami pesawat malang tersebut, kapal terbang keliru dan gagal mengawal sehingga menyebabkan pesawat tersebut terhempas.
2. AirAsia QZ8501 di perairan Kalimantan Tengah pada 2014

Pesawat milik Syarikat AirAsia ini hilang dari radar setelah 50 minit berlepas dari Bandara Juanda, Surabaya, Jawa Timur. Pesawat tersebut yang memiliki nombor penerbangan QZ8501 dalam perjalanan ke Singapura pada 28 Desember 2014.
Pesawat Airbus A320 tersebut membawa seramai 155 penumpang dan 7 kru. Kemalangan tersebut berpunca daripada kesilapan dan kelalaian jurutera pesawat yang tidak mengkuti prosuder yang telah ditetapkan syarikat sebelum melakukan penerbangan.
3. Adam Air KI-574 di Selat Makassar pada 2007

Pada tahun 2007, berita menyedihkan dari dunia penerbangan apabila kapal terbang milik Syarikat Adam Air jatuh di Selat Makassar. Kapal terbang Boeing 737-400 buatan tahun 1990 itu sedang dalam perjalanan ke Surabaya-Manado.
Seramai 96 orang jumlah penumpang yang terdiri dari 85 dewasa, 7 anak-anak, 5 bayi, 4 pramugari manakala pilot dan co-pilotnya terkorban dalam nahas kapal terbang malang terbabit.
Flight Data Recorder (FDR) atau kotak hitam berjaya ditemui pada pukul 12.29 waktu tempatan pada 27 Ogos 2007 di kedalaman 2000 meter.
4. Mandala Airlines RI 091 di Medan, 2005
:strip_icc():format(jpeg)/kly-media-production/medias/2401473/original/028487900_1541494866-000_HKG2005090517589.jpg?w=640&ssl=1)
Nahas kemalangan yang melibatkan kapal terbang milik syarikat Mandala Airlines terhempas pada 5 September 2005. Pesawat yang bernombor penerbangan RI-091, meletop dan mengorbankan seramai 94 penumpang dan 5 anak pesawat. Selain itu 50 warga tempatan yang berada kawasan nahas terbabit turut terkorban.
Pesawat jenis Boeing 737-200 buatan tahun 1981 ini meletup tidak lama setelah setelah berlepas dari lapangan terbang Bandara Polonia, Medan, pada pukul 10.06 pagi waktu tempatan. Badan pesawat merempuh pagar landasan dan kawasan perumahan.
5. Garuda Indonesia GA-152 di Deli Serdang, Sumut pada 1997

Peristiwa ini merupakan salah satu kecelakaan terburuk di Indonesia dengan jumlah mangsa yang terkorban sebanyak 234 orang. Pesawat ini baru sahaja berlepas dari Bandara Soekarno-Hatta dalam perjalanan ke Bandara Polonia, Medan pada 26 September 1997.
Pesawat ini sepatutnya mendarat pada pukul 1.58 tengahri waktu tempatan. Namun beberapa minit sebelum mendarat pesawat yang diketuai pilot Capt. Rachmo Wiyogo itu bertembung dengan sebuah bukit di Sibolangit.
Peristiwa yang terjadi 24 tahun sebelum pesawat Sriwijaya Air jatuh di Kepulauan Seribu ini tercatat sebagai kemalangan dengan jumlah mangsa korban yang tertinggi di Indonesia.
Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my