Solat
Solat

Solat itu merupakan tiang agama buat seorang yang bergelar Muslim. Ibadah solat merupakan ibadah yang paling lama sehinggakan Nabi Adam juga solat di dalam sehariannya. Ia merupakan satu ibadah yang besar disisi Allah Azzawajal. Solat juga merupakan amalan yang pertama yang akan dipertimbangkan di masyar kelak. Akan tetapi semua insan mampu untuk melaksanakan solat. Akan tetapi, berapa ramai sahaja yang mampu khusyuk? Ya. Kekhusyukan di dalam solat merupakan satu nikmat paling besar dalam seseorang hamba yang Muslim.

Apa itu khusyuk dalam solat?

Khusyuk dalam solat bermaksud tercapainya hati, fikiran, perasaan dan seluruh tubuh secara keseluruhan tunduk patuh kepada Allah sepanjang tempoh bersolat.

Tetapi tak semua insan dapat perolehi nikmat ini. Persoalannya, bagaimana nak khusyuk dalam solat?

In Shaa Allah dalam perkongsian Kakibawang.my kali ini, akan diketengahkan suatu tajuk yang dapat menjawab segala persoalan yang bermain diminda tentang khusyuk. Jom kita baca 5 Tips Khusyuk dalam Solat. Semoga bermanfaat In Shaa Allah.

solat 2

Faham

Tunjang utama untuk khusyuk dalam solat adalah faham isi kandungannya. Memahami makna bacaan (rukun qauli) dan pengertian setiap perbuatan di dalam solat.

Bagaimana ingin faham isi kandungan solat?

Buka dan baca setiap pengertian ayat bahasa Arab yang digunakan di dalam rukun s0lat. Lebih cantik jika kita belajar bahasa Arab untuk memahami setiap bait ayat yang kita sebut kan dalam solat. Akan tetapi tidak semua orang mampu. Cukup sekadar kita sentiasa membaca makna ayat dan kalimah di dalam rukun solat berkali kali. In Shaa Allah lama kelamaan ia akan melekat di kepala dan membantu kita untuk lebih khusyuk dalam solat.

Membaca Ayyatul Kursi dan Surah An Nas

Ketahuilah, saat kita bers0lat akan ada satu Iblis yang bernama Khanzab akan tetap mengacau dan menganggu konsentrasi kita semasa s0lat. Disebabkan itu kepala kita mudah melayang, memikirkan benda yang tidak sepatutnya dan sekali gus menganggu kualiti solat.

Jadi mulakan s0lat dengan membaca Ta’awuz (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ) dan membuat isyarat meludah ke kiri sebanyak 3 kali. Selepas itu diikuti dengan bacaan Ayyatul Kursi dan Surah An Nas sebanyak satu kali. Semoga dengan usaha kita yang sedikit dipermudahkan Allah untuk kita khusyuk di dalam s0lat.

solat background 3

Membesarkan Allah

Mulakan s0lat dengan membesar dan mengagungkan Allah SWT. Kerana itulah faham makna bacaan itu penting. Faham pengertian setiap bacaan yang kita sebutkan dalam s0lat dapat melahirkan rasa ‘Haibah’ kepada Allah SWT.

Bermula dari saat kita takbiratul ihram ‘Allahuakbar’, sentiasa puji dan agungkan Allah didalam hati dan fikiran. Diselangi dengan pemahaman makna ayat akan memudahkan lagi proses tersebut.

Anggaplah dihadapan kita ada raja yang sungguh berkuasa yang mentadbir seluruh alam ini dan cuba sedaya upaya diri untuk merasai kehadiranNya.

blog

Pengharapan pada Allah

Bers0latlah dengan satu tujuan utama iaitu mengharapkan hanya redhaNya. Pernah tak kita tertanya, mengapakah diwajibkan kita untuk s0lat? Setiap hari Allah SWT sudah menetapkan panggilan sebanyak 5 kali untuk kita bersembahyang dan beribadah kepadaNya. Kerana Allah rindu pada kita hambaNya. S0lat merupakan satu cara pengharapan untuk kita tunjukkan rasa syukur kehadrat Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaanNya.

Jadikan sembahyang sebagai satu medium untuk kita berinteraksi langsung dengan Allah Azzawajal. Luahkan segala yang terbuku di hati, dan berharaplah hanya kepadaNya. Dengan berharap hanya pada Allah, In Shaa Allah akan memudahkan kita untuk lebih khusyuk.

takwim solat

Bersih dan Selesa

Salah satu tunjang utama dalam mengecapi s0lat yang khusyuk adalah dengan memastikan pakaian dan ruangan s0lat berada dalam kondisi yang selesa dan bersih. Salah satu sunnah Rasulullah SAW dalam mengerjakan s0lat adalah berwangi wangian dan memakaikan pakaian yang berwarna putih.

Secara saintifiknya badan manusia dapat merembeskan hormon yang baik melalui persekitarannya. Bermula dari pandangan, persekitaran dan juga pengudaraan. Jadi, lebih afdhal jika ingin khusyuk di dalam s0lat untuk ke rumah rumah Allah iaitu masjid dan surau surau untuk mendapat kesan yang lebih mendalam ketika bersembahyang.

Jadi itulah sedikit sebanyak tips yang boleh kita amalkan untuk khusyuk di dalam s0lat. Sebelum sampai ke pengakhiran, ayuh kita sama sama ikuti hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Kemudian aku bergerak bersama malaikat Jibril sehingga ke Sidratul Muntaha. Apabila tiba di suatu tempat yang ditutupi dengan warna yang aku sendiri tidak mengetahuinya. Lalu dimasukkan aku ke dalam syurga dan melihat ada khemah yang cantik bergemerlapan dan apabila aku menyentuh tanah-tanah di dalam syurga, bagaikan kasturi.”

Hadis Sahih

Sesungguhnya Syurga itu tempat pengakhiran dambaan kita semua. Semoga Allah rezekikan kita untuk menjadi ahli-ahli SyurgaNya kelak In Shaa Allah. Ya Allah! Kami cinta padamu semutlaknya! Jadikan kami hambaMu yang berjaya mengecapi SyurgaMu! Ameen!

Sumber: 1, 2

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *