sofyank96 & zachking
Sofyank96 cetus fenomena dunia video kreatif Malaysia

Rata-rata mengenali nama ini bukan, Sofyank96 atau nama penuh beliau Mohamad Sofian bin Abdullah. Fenomena yang dicetus mendapat perhatian seluruh warga net di Malaysia hinggakan negara jiran juga mengenali anak muda penuh bakat ini.

Mana tidaknya, sofyank96 sendiri pernah berjumpa dengan idola beliau sendiri iaitu Zach King, seorang warganegara Amerika pakar video kreatif. Hingga ke hari ini mereka telah beberapa kali berjaya menghasilkan video kreatif secara bersama. Disebalik kejayaan hebat sofyank96 ini, dibelakangnya terdapat dua rakan karib beliau yang menjadi tulang belakang kepada penghasilan video menarik; iaitu Addeen dan Ikram

sofyank96 & addeen

Hasil suntingan video sofyan amat menakjubkan, ini kerana tidak semua orang mampu untuk membuat video menarik seperti yang sofyan lakukan kerana penghasilan video seperti itu memerlukan daya kreativiti dan kesabaran yang tinggi. Apa yang menarik berkenaan pemuda berusia 25 Tahun yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan ini adalah beliau tidak mempunyai pelajaran secara formal berkenaan dunia suntingan video ini. Namun hendak seribu daya, hasilnya kini beliau mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan idola beliau sendiri iaitu Zachking.

sofyank96 & willsmith

Pada September 2019, Sofyank96 pernah bertemu dengan selebriti terkenal dunia, iaitu Will Smith yang pastinya menjadi kenangan indah buat diri sofyank sendiri selain motivasi untuk terus berkarya. Seperkara yang menarik berkenaan sofyank ini adalah beliau memulakan karier sebagai tukang sunting video pada usia 14 tahun lagi. Siapa sangka nobody bertukar kepada somebody.

Sejujurnya admin sendiri mengikuti setiap update video dari sofyank melalui Instagram mahupun Twitter. Kerana setiap content yang dibawakan amat menarik minat admin. Diharapkan bakat yang diperolehi beliau dapat memberi manfaat kepada ramai orang!

sofyank96

Sofyank pernah mendapat anugerah dari Zach King untuk “Magic of the month” pada bulan Februari 2021 baru-baru ini. Boleh tengok video dibawah. Secara padangan peribadi admin, sofyank boleh menjadi sama hebat seperi Zach King jika dipolish sebaik mungkin bakat yang ada.

Apa lagi yang boleh admin katakan berkenaan Sofyank96, semua sudah jelas. Beliau bukan sahaja mempunyai skill dalam ilmu suntingan, sofyank juga mempunyai budi bicara yang baik dah seorang yang soft spoken. Diharapkan sofyank mampu menjadi sumber inspirasi kepada anak muda diluar sana.

Sebelum terlupa, admin sangat impress dengan salah satu video remake 5 tahun lepas iaitu ketika sofyank sendiri bersama adik kandungnya membuat video yang pada pandangan admin sangat menarik. Admin belanja sikit video.

Menarik bukan video remake ni, cukup kreatif jika difikirkan semula. Jadi tidak hairan mengapa ada diantara syarikat membayar sofyank untuk menghasilkan satu video hebat untuk tujuan marketing mereka. Antara syarikat yang membayar sofyan untuk tujuan marketing mereka adalah syarikat McDonalds dan Mamee.

Capture

Melihat kepada hasil kerja yang diselesaikan, ternyata berbaloi apa yang telah mereka laburkan untuk tujuan marketing. Hal ini demikian kerana, ramai orang mula membeli selepas menonton video jualan seperti dalam video.

Terbaru merupakan video paling latest dipublish oleh sofyank, untuk video berdurasi selama 26 saat dibawah, percaya atau tidak? Sofyank mengambil masa selama 91 jam atau selama 7 hari untuk menyiapkan video seperti di bawah. Kalau admin sendiri yang berada ditempat sofyank rasanya admin sendiri akan give up.

Sehingga ke hari ini, akaun Instagram milik sofyank mempunyai lebih kurang 759 ribu follower. Jika nak hari korang indah dan happy boleh follow akaun Instgram, Twitter dan Youtube Channel milik sofyank ini.

Sekian saja coretan buat saudara Mohamad Sofian bin Abdullah (Sofyank), diharapkan sofyank dapat meneruskan dan memperkembangkan minat dan kreativiti yang dimiliki. InsyAllah

Semoga artikel berkenaan Sofyank ini memberi manfaat kepada pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana anda terus menyokong kami kakibawang.my Alhamdulillah!

Lagi artikel menarik:

  1. Keyboard Shortcuts for Windows 10 – Easy Way
  2. Extraordinary Story of Anak-anak Sidek, 5 Lagenda Badminton Malaysia
  3. Harga Emas Dijangka Naik RM500/g Tahun 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *