Screenshot 2021 02 21 at 10.15.57 AM

Tahukah anda skrin telefon anda mungkin lebih kotor dari tandas! Mungkin sekali imbas, anda tidak percaya tentang tajuk ini. Namun ini adalah perkara yang benar dan terjadi dalam kehidupan seharian anda.

Skrin Telefon Kotor!

Sedar atau tidak sedar, kita sering meletakkan telefon kita di mana – mana sahaja. Samada di meja makan restoren, di dalam kereta, di atas kaunter sewaktu igin membuat pembayaran, di dalam tandas dan sebagainya. Tahukah anda di tempat – tempat yang saya sebutkan tadi adalah tempat awam, dan ramai orang yang menggunakan tempat tersebut. Jadi tidak hairanlah tempat – tempat tersebut mempunyai banyak kuman dan bakteria.

skrin telefon

Sumber

Tambahan pula, tangan kita juga memainkan peranan yang penting untuk menambahkan lagi kuman dan bakteria pada skrin telefon. Sebagai contoh, anda berada di dalam pengangkutan awam dan anda memegang besi ataupunn kerusi, kemudian anda bermain dengan telefon anda. Hal ini menyebabkan kuman di tangan anda akan melekat pada telefon.

Saintis di Universiti Arizona mengatakan bahawa telefon anda sepuluh kali ganda lebih kotor dari tandas! Pastikan anda kerap mencuci tangan dan juga skrin telefon anda dengan menggunakan tisu basah untuk menghapuskan kuman dan bakteria. Bayangkan telefon anda sedang mempunyai banyak kuman, kemudian anda meletakkan telefon anda di telinga untuk membuat panggilan!

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *