Capture

Dalam artikel ini akan huraikan bajet 2020 dalam sektor hartanah. Secara khususnya dalam topik perbincangan mengenai skim perumahan belia oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Skim perumahan ini membantu para belia dalam memiliki rumah sendiri untuk didiami. Jadi apa yang bestnya untuk skim perumahan belia SPB ini?

Skim ini dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 Januari 2020 sehingga Disember tahun 2021. Kepada sesiapa yang layak memohon skim ini akan mendapat subsidi sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun pertama untuk pembelian rumah. Best kan skim perumahan belia BSN ni?

Skim Perumahan Belia
Syarat Kelayakan dan Manfaat SPB BSN

Jadi sesiapa yang berminat jom kita baca artikel ini untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan, kelebihan dan kekurangan permohonan skim ini.

Syarat Kelayakan Skim Perumahan Belia

  • Warganegara Malaysia
  • Belia berumur 25 ~ 40 tahun yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan
  • Pembeli rumah pertama sahaja
  • Harga rumah boleh beli antara RM100,000 (minimum) ~ RM500,000 (maksimum) sahaja

Kelebihan Skim Perumahan Belia

  • Bantuan bayaran ansuran bulanan RM200 selama 2 tahun pertama. Kerajaan yang akan kreditkan ke dalam akaun pinjaman perumahan pembeli.
  • Pengecualian duti stamp sebanyak 50% ke atas surat perjanjian pemindahan hak milik dan perjanjian loan agreement.
  • Pinjaman ditawarkan bagi pembelian hartanah sama ada dalam pembinaan / telah siap atau pembelian dari owner rumah (rumah subsale).
  • Pinjaman perumahan boleh dikira berdasarkan kadar boleh ubag dan boleh menawarkan rumah anda sebagai cagaran untuk pinjaman ini.

Apa Kekurangan Skim Perumahan Belia ni?

Setiap tawaran ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Skim ini anda perlu tahu bahawa kadar faedahnya agak tinggi sikit berbanding pinjaman perumahan yang biasa. Kadar faedah ini telah ditetapkan di portal rasmi BSN seperti di bawah:

  • Kadar asas antara +0.6% hingga 3% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pembeli
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun serta tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR +0.8%.
  • Kadar asas BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).
  • Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

Selain tu, beberapa perkara lagi yang perlu anda tahu ialah:

Rumah yang dibeli dengan SPB BSN tak boleh dijual atau dipindah milik kepada orang lain selama 5 tahun dari tarikh pembelian. Sekiranya anda membeli rumah bernilai lebih RM300,00, anda perlu membayar duti setem, membayar yuran pengeluaran (disbursement fee), yuran penilaian harta, dan yuran yang berkaitan dengan dokumen sekuriti.

Skim ini sesuai bagi golongan belia yang sukar untuk mendapat pemohonan pinjaman perumahan. Dengan skim perumahan ni mungkin boleh membantu mereka yang tak berkemampuan untuk membiaya hartanah yang hendak dibeli. Rebutlah peluang ni dengan memohon SPB BSN, anda mungkin dapat memiliki rumah pertama sendiri bersama pasangan anda!

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Sumber: Skim Perumahan Belia BSN & PropertyGuru

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *