tidak produktif 1

Tahukah anda bahawa sikap betangguh berkait dengan kegelisahan atau sering disebut sebagai “anxiety”? Ada beberapa jenis kegelisahan yang berkait rapat dengan sikap bertangguh dan saya akan kongsikan dalam artikel kali ini. Selain bertangguh berkait dengan anxiety, sikap suka bertangguh juga mempunyai kaitan dengan pelbagai faktor lain. Dalam artikel kali ini kita akan soroti punca dan juga cara atasi sikap suka bertangguh.

  1. Sikap suka bertangguh kerana memori bekerja kita sudah capai tahap maksimanya.

Kita akan berasa terbeban dalam suatu masa apabila beberapa perkara perlu dilakukan dan diselesaikan dengan segera. Sebagai contoh, anda mendapat pemberitahuan daripada anak anda bahawa mereka memerlukan alatan lukisan baharu sebelum hari rabu, dan wang belanja tambahan kerana aktiviti kokurikulum yang akan diadakan setiap hari sabtu. 

Sekiranya anda seorang yang mempunyai jadual atau planner, pastinya anda akan memastikan untuk memasukkan perkara ini dalam kalendar, namun anda masih akan merasa gelisah dan terbeban dengan dua perkara ini.

Cara untuk menyelesaikan adalah dengan mencari cara untuk mengingati satu perkara dalam satu masa. Anda perlu meletakkan “dateline” agar anda tidak terlepas sesuatu perkara dan merasa gelisah. Dengan ini, kegelisahan yang anda alami akan berkurang dan anda tidak akan bertangguh dari masa ke semasa.

  1. Sikap suka bertangguh kerana tidak pasti

Ini sering terjadi apabila berlaku sesuatu perkara yang menyebabkan kita berasa tidak yakin dan pasti. Kebiasaanya bila melibatkan anda membuat sesuatu keputusan besar. Sebagai contoh, pasangan anda bertanya kepada anda, waktu bilakan yang sesuai untuk kalian mengikat tali perkahwinan, namun kerana anda tidak pasti, anda bersikap melengah-lengahkan untuk memberitahu keputusan.

Antara simptom yang dapat dilihat adalah, anda sering berasa “stuck” atau anda sering jeda dalam melakukan sesuatu perkara, hal ini kerana anda ingin mengelakkan daripada situasi atau perasaan tidak pasti itu.

  1. Sikap suka bertangguh kerana terlalu banyak tugasan.

Ini sering berlaku kepada mereka yang merasakan mereka dapat meyelesaikan tugasan yang banyak dalam suatu masa namun diluar kemampuan mereka. Anda digalakkan untuk melakukan eksperimen sendiri di mana anda mengesan seberapa banyak yang sebenarnya anda dapat lakukan dari senarai tugasan anda setiap hari. Catat ini setiap petang selama seminggu. Pada minggu berikutnya, tulis senarai tugas yang lebih pendek yang menunjukkan jumlah purata tugas yang dapat anda selesaikan setiap hari. Ini dapat membantu mengurangkan sikap bertangguh dalam diri anda.

Sekiranya anda melebih-lebihkan berapa banyak tugas yang dapat anda laksanakan ini mungkin berkait dengan perasaan cemas dalam diri anda. Anda bimbang ia akan menjadi masalah yang besar sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan semuanya.

  1. Sikap suka bertangguh kerana risau pada akibat dan risiko

Kebiasaanya bagi orang yang suka bertangguh, mereka sering bertangguh kerana mereka meramalkan akibat yang negatif, sebagai contoh sering bersangka buruk kepada orang. Merasakan pendapat yang dizahirkan oleh diri anda tidak akan diterima oleh orang ramai. Sering merasakan susah dalam sesuatu tugasan dan selalu merasakan tugasan yang dilakukan tidak akan berjalan dengan lancar.

Cara untuk mengatasinya adalah dengan mengurangkan berfikiran secara negatif. Anda dikehendaki untuk berada disekeliling orang yang berfikiran positif dan sentiasa rasional.

  1. Sikap suka bertangguh kerana kognitif profil

Kebanyakan orang yang menjadi sangat pintar dan berjaya tetapi masih menghadapi beberapa kesukaran dengan kemahiran kognitif yang tertentu seperti memulakan, merancang, atau membuat urutan (menyusun rentetan langkah dalam urutan logik untuk menyelesaikan tugas yang kompleks).

Sekiranya anda berasa sukar untuk memulakan, merancang, atau membuat urutan berbanding dengan kemampuan kognitif umum anda, cubalah memfailkannya. FIkirkan cara agar orang lain dapat membantu anda dengan perkara-perkara yang anda sukar (contohnya, bantu anda merancang langkah-langkahnya) dan bersikap baik kepada diri sendiri.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

PS : 5 Pekerjaan Gaji Paling Lumayan (IT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *