Abu Bakar Rasulullah

Siapa itu gerangan seorang insan terunggul bernama Abu Bakar As-Siddiq?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang. Segala puji bagi Allah pemilik segala kebaikan.

Nama sebenar kepada sahabat Rasulullah SAW yang terunggul ini ialah Abdullah Bin Abu Quhafah. Beliau merupakan sahabat yang paling akrab dan rapat dengan Baginda Nabi Muhammad SAW. Rasulullah telah memberikannya gelaran ‘As-Siddiq’ diatas sifatnya yang sering membenarkan segala tindak laku dan kata-kata daripada Rasulullah SAW. Begitu besar cintanya seorang sahabat kepada Rasulullah SAW. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Sallu Allan Nabiy! Ayuh kita selami 5 Facts about The Great ‘As-Siddiq’.

abubakar adlanmuslimdotcom.files .wordpress com
  1. Insan yang paling rapat dengan Rasullullah SAW

Saidina Abu Bakar merupakan insan yang paling mengenali Rasulullah SAW. Tiada seorang pun sahabat Baginda yang lebih mengenali Baginda daripada Saidina Abu Bakar As Siddiq. Beliau sangat mengenali sifat dan keperibadian Rasulullah SAW. Dengan ilmu yang ada pada Baginda telah meyakinkan Saidina Abu Bakar untuk menjadi pengikut yang pertama kepada Baginda Rasulullah SAW. Allahu tidak tergambar betapa besarnya kecintaan beliau kepada Baginda Nabi! Subhanallah!

172723 guahiranativepakistancom
  1. Lelaki Dewasa pertama yang memeluk agama Islam

Baginda Rasulullah SAW telah memberitahu kepada Saidina Abu Bakar tentang peristiwa di Gua Hira’. Baginda telah memberitahu bahawasanya Allah SWT telah menyampaikan wahyu dan menjadikan Baginda utusanNya. Apabila Saidina Abu Bakar mendengar tentang berita daripada Rasulullah SAW ini, tanpa berfikir lagi dia terus memeluk agama Islam tanpa sebarang persoalan. Beliau memeluk agama Islam dengan keyakinan yang paling tinggi sehingga Baginda Nabi SAW bersabda,

” Aku mengajak insan kepada Islam, kebanyakan mereka akan berfikir walaupun sebentar. Tetapi lain dengan Abu Bakar, sewaktu aku menyampaikan Islam kepadanya, beliau menerimanya tanpa sebarang syak wasangka. “

Atas keyakinan Saidina Abu Bakar yang tinggi dan kuat, beliau di gelarkan As-Siddiq oleh Baginda Nabi SAW.

333
  1. Sanggup korban apa sahaja buat Rasulullah SAW

Kecintaan Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW terlalu tinggi sehingga beliau sanggup berkorban apa sahaja buat Baginda hatta nyawanya sekali beliau sanggup korbankan semata mata untuk melindungi dan menyenangkan Baginda Nabi SAW. Sifat ini telah digambarkan dalam sebuah kisah sewaktu Baginda Nabi SAW sedang berdoa di hadapan Kaabah sementara beberapa pembesar sedang duduk di perkarangan Kaabah. Melihat Rasulullah sedang berdoa, datanglah seorang pembesar bernama ‘Uqbah bin Abi Mui’t dengan sehelai kain yang panjang dan meletakkan di leher Baginda dan menjerut Baginda dengan kuat dengan niat untuk mencekik Rasulullah hingga mati.

Dalam masa yang sama, Saidina Abu Bakar sedang berjalan melintasi kejadian tersebut, dia melihat ‘Uqbah sedang melakukan perkara itu lantas beliau menolak ‘Uqbah dan menyambar kain jerutan di leher Baginda itu. Dengan tanpa belas kasihan, pembesar-pembesar itu memukul Saidina Abu Bakar dengan berterusan. Akan tetapi kecintaannya yang tinggi kepada Baginda Nabi SAW, beliau langsung tidak endahkan kesakitannya malah beliau lega dapat menyelamatkan Baginda Nabi SAW walaupun terpaksa mengorbankan dirinya. Besar sungguh cinta beliau kepada Baginda Nabi!

025587e44f9a85292b15c227d23ad476
  1. Hartawan yang Dermawan

Dengan segala harta yang beliau ada, beliau gunakan untuk melepaskan hamba-hamba Muslim yang diseksa sekejamnya oleh golongan musyrikin semata mata untuk memaksa mereka meninggalkan keyakinan kepada agama Allah dan kembali kepada keyakinan musyrik tuan-tuan mereka.

Golongan musyrikin ini mencuba pelbagai jenis seksaan seperti membiarkan hamba hamba mereka bertelanjang di panas terik padang pasir dan meletakkan batu yang besar di dada mereka semata mata untuk menyuruh mereka untuk keluar dari agama Allah.

Disini kekayaan Abu Bakar menyelamatkan hamba hamba Muslim ini. Beliau membeli kesemua hamba hamba yang dimiliki oleh golongan Musyrikin ini. Salah satunya adalah Bilal Al-Habashi, hamba kepada ‘Umayyah ibn Khalaf yang kejam. Atas asbab pengorbanan Saidina Abu Bakar, Bilal telah menjadi muazzin terunggul di Masjid Nabawi.

mujahid
  1. Pahlawan yang mempunyai Keberanian luar biasa

Terkenal dengan sahabat yang paling dekat dengan Baginda Nabi SAW, beliau juga mengambil bahagian didalam kesemua pertempuran yang Rasulullah SAW berjuang.

Di dalam perang Uhud dan Hunayn, segelintir mujahidin menunjukkan tanda kelemahan. Walaubagaimanapun, tidak bagi Saidina Abu Bakar. Beliau kekal teguh disisi Baginda Nabi SAW. Keberanian yang luar biasa. Subhanallah!

Tahap kecintaan Saidina Abu Bakar kepada Baginda Nabi SAW dilakarkan dalam sirah sewaktu perjanjian perdamaian di Hudaibiyah. Sewaktu perjanjian berlangsung, seorang pembicara kepada golongan Quraish bertindak memegang janggut Rasulullah seperti memperlekeh Baginda. Dengan kecintaan Saidina Abu Bakar, beliau tidak dapat menahan Baginda Rasulullah SAW diperlakukan sebegitu, beliau bangun dan menghunuskan pedangnya dalam keadaan marah dan berkata,

” Kalau tangan itu memegang janggut Baginda Rasulullah lagi, aku akan pastikan yang tangan itu tak akan pulang dari sini “

Subhanallah. Kita lihat betapa tingginya kecintaan para sahabat kepada Baginda Rasulullah SAW. Semoga dengan perkongsian atas keperibadian Sahabat Baginda Rasulullah SAW dapat memupukkan lagi rasa cinta kita kepada Junjungan Terunggul SAW.

Ya Allah, jadikan kami insan yang mencintai Baginda Nabi Muhammad SAW seperti sahabat sahabat Baginda mencintai Beliau. Tempatkan makam para sahabat di tempat yang tertinggi disisi Mu atas pengorbanan mereka Ya Allah. Aameen.

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad.

Sumber : https://sunnahonline.com/library/history-of-islam/305-abu-bakr-as-siddiq

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *