semak saman

Dalam kehidupan kita, mesti tidak akan lari dari saman polis atau jpj, samada kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja. Kebiasaannya kita mungkin pernah kena saman oleh polis tapi kita tidak sedar yang kita kena saman. Di sini saya akan tunjukkan cara mudah untuk semak saman anda.

Semak Saman di Myeg

Myeg merupakan company yang menyediakan perkhidmatan seperti memperbaharui cukai jalan, semak saman, bayaran zakat dan sebagainya. Di sini saya ingin menekankan bahawa cara semak saman di myeg adalah sangat mudah dan pantas.

  1. Pertama sekali anda perlu melayari pautan ini dan anda akan sampai di homepage website myeg seperti gambar di bawah. Anda perlu daftar akaun terlebih dahulu sebelum anda log masuk ke dalam website ini.

    semak saman

  2. Kemudian setelah anda daftar akaun dan log masuk, anda akan pergi ke paparan seperti ini. Pilih pilihan Polis Diraja Malaysia.

    semak saman

  3. Setelah itu, pilih pilihan ‘Vehicle No’ dan anda perlu memasukkan nombor IC dan nombor plat kereta anda.

    semak saman

  4. Langkah terakhir, hasil carian anda akan keluar seperti gambar di bawah ini. Anda juga boleh melihat gambar saman anda pada icon kamera di sebelah kanan pada list saman tersebut.

    semak saman

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *