Sekolah Dijangka Tutup
Sekolah dijangka tutup lebih lama lagi.

Berita Astro Awani: COVID-19: Tutup sekolah tujuh hari jika ada kes positif – KPM

Mak ayah semua bersedia la kerana sekolah dijangka tutup lebih lama.

1 – Jangan mengharapkan cikgu semata-mata untuk mengajar anak kita, cikgu pun ada anak sendiri yang nak di uruskan.

2 – Kena ingat, kita hantar anak sekolah bukan untuk dia buat latihan atau kerja sekolah tapi kita nak dia belajar, timba ilmu.

Sekolah Dijangka Tutup
Sekolah Dijangka Tutup Lebih Lama

3 – Pastikan anak belajar “something” sepanjang duduk di rumah. Ulangkaji dan buat “homework” sendiri untuk lihat perkembangan anak.

4 – Jika tahu anak lemah dalam apa-apa pun subjek, buat sesuatu segera. Tak ada siapa yang boleh bantu anak masa ni melainkan mak ayah sendiri.

5 – Anak 7 tahun patut dah pandai membaca, patut dah mahir matematik mudah tambah, tolak, darab dan bahagi. Jika masih lemah buat sesuatu segera.

6 – Tak mungkin PdPR ni boleh beri kesan besar pada tahap akademik anak sekarang. Jangan berharap sangat!

7 – Usaha sendiri cari bahan belajar tambahan untuk anak. Buku latihan, video pembelajaran dan kelas online berbayar jika di rasa perlu.

8 – Walau anak sekolah tadika sekalipun jangan acuh tak acuh. Sekolah memang boleh extend tapi perkembangan otak anak tetap sama.

9 – 90 peratus otak anak terbentuk dari umur 1-6 tahun. Jika sepanjang masa ni tidak di isi dengan ilmu, sangat la rugi. Setahun berlalu tanpa penambahan sel otak baru.

10 – Nasib anak kita 100 peratus berada di tangan kita bukan cikgu, bukan menteri, juga bukan kerajaan.

Sesi sekolah memang tutup, tapi sesi pembelajaran di rumah tak pernah di tutup.

Sumber: Mohd Faris

Artikel Utama: Info

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *