trader gagal

Kenapa traders susah nak menjana pendapatan dari trading?

Reality Trading: 5% yang berjaya & 95% gagal.

Sebab apa 95% traders gagal?

95% traders ada strategi, tapi tak praktis strategi tersebut secukupnya dan terus pergi ke live trading. Kalau Win, mereka rasa gembira dan rasa mereka dah terror dengan strategi itu dah.

Disebabkan overconfidence ini, mereka overtrade & trade dengan lot size yang besar. Biasalah lepas beberapa win trade, traders ingat mereka sudah boleh jadi kaya dah.

Adakah anda biasa dengan situasi ini? Saya pasti anda sudah tahu apa yang akan terjadi selepas itu.

Mereka akan loss dengan teruk atau terus MC. Mereka pun marahlah strategi tersebut tidak berkesan dan cari strategi yang lain pula.

Cuba teka apa akan berlaku seterusnya? CYCLE YANG SAME AKAN REPEAT !

Dapat strategi -> live trade -> win -> overconfidence -> overtrade & hentam lot besar -> loss atau MC -> tukar strategi baru

Inilah cycle 95% traders.

CYCLE YANG BETUL?

Dapat Strategi -> practice dengan demo akaun -> practice live dengan modal kecil -> Modal besar live = 5% successful trader.

Katakan anda sudah belajar strategi baru… anda perlu biasakan diri anda dengan strategi tersebut terlebih dahulu. Cara yang paling selamat adalah dengan demo akaun. Kalau sudah ada confidence dengan demo, barulah praktis secara live dengan modal yang kecil.

Anda perlu biasakan diri anda dengan strategi tersebut, perlu tahu apa yang anda patut buat apabila anda win dan apa yang patut anda buat apabila anda loss. Barulah anda dapat mengurus portfolio anda dengan cara yang betul dan selamat.

Kalau live akaun yang modal kecil tu dah boleh menjana profit secara konsisten sekurang-kurangnya 3 bulan, barulah guna akaun yang modal besar.

Kalau anda berada di dalam cycle ini, taniah! anda sudah pun boleh jadi antara 5% successful trader dah.

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *