Khairulaming

Khairulaming Ambil Inisiatif Melalui Media Sosial Beri Manfaat Kepada Masyarakat

hye wasap guys

“Hey What’s Up Guys… Jom Kita Start!”- Khairulaming. Tagline yang dikenali ramai jika anda mengenali individu bernama Khairul Amin Kamarulzaman. Sebut sahaja nama Khairulaming pasti ramai yang sudah mengenali beliau. Individu ini terkenal dengan perkongsian yang bermanfaat berkenaan masakan yang boleh di inspirasikan kedalam masakan anda di rumah. Beliau kerap berkongsi resipi masakan yang simple tetapi amat menyelerakan.

Beliau juga pernah membuat thread di laman twitter miliknya dengan melakukan perkongsian resipi untuk 30 hari berturut-turut di bulan Ramadhan. Ternyata langkah beliau itu disambut baik oleh netizen di media sosial yang memuji dan menyukai cara beliau berkongsi menu masakan yang dikatakan bersifat bersahaja dan kelakar. Admin juga ada mengikuti menu masakan Ramadhan beliau!

khairulaming
Sering kongsi masakan yang sedap tetapi mudah untuk disediakan

Terbaru beliau telah mengorak langkah dengan mengeluarkan produk pertama beliau iaitu Sambal Nyet Berapi yang boleh didapatkan di platform Shopee milik beliau. Setelah berjaya membina branding yang tersendiri. Dilihat ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk beliau memulakan langkah dalam perniagaan.

Hanya dengan 54 minit sahaja, 10 ribu botol Sambal Nyet Berapi by Khairulaming telah di order melalui platform Shopee. Hebat bukan kuasa branding diri beliau! Kesemua 10 ribu botol Sambal Nyet Berapi telah berjaya di pos kepada para pembeli. Pastinya para pembeli tidak sabar untuk merasai produk pertama beliau.

kahirulaming
Wow! ke Wow!?

Namun disebalik kejayaan Khairul dengan Sambal Nyet Berapi ini, ada beberapa perkara yang tidak dijangka telah berlaku, namun ini semua bukan dibawah kawalan beliau. Ada individu yang mengambil kesempatan dengan mewarwarkan bahawa mereka adalah ejen kepada produk Sambal Nyet Berapi ini!

Khairul dengan pantas telah mengeluarkan kenyataan di laman twitternya bahawa beliau belum mempunyai dan membuka sistem downline untuk produk pertamanya itu. Beliau juga ada melampirkan screenshot perbualan beliau bersama individu yang tidak bertanggungjawab itu dengan meminta agar memulangkan semula duit milik pembeli yang telah ditipu itu. Sesungguhnya jelas disini bahawa Khairul tidak mementingkan keuntungan semata mata, beliau lebih mementingkan kebajikan para pembeli yang telah tertipu. Alhamdulillah! Good Job Khairul!

fatihah tipu
Fatihah scammer sambal

Selesai masalah scammer dari adik Fatihah, semoga adik Fatihah belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan. Benar manusia tidak sempurna, semoga menjadi teladan kepada kita semua. InsyAllah!

Seterusnya, Khairul meneruskan misi penghantaran Sambal Nyet Berapi. Dikatakan bahawa Khairul dan team sambalnya mengambil masa selama 9 hari untuk menyiapkan proses pos kepada pelanggan. Ternyata satu usaha yang berbaloi untuk Khairul dan team! Banyak yang telah mereka belajar dari segi proses penghantaran. Post mortem juga telah dilakukan oleh Khairul.

khairulaming
Credit: Sambal Nyet Berapi by Khairulaming

Ini menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja memandang serius terhadap kualiti produk semata, beliau juga mengambil serius berkenaan proses penghantaran dan tahap kepuasan pelanggan. Khairul juga ada mengatakan melalui laman twitternya bahawa bermula hari isnin akan datang, beliau dan team akan berusaha untuk memastikan sebanyak 800 botol hingga 1000 botol sehari akan direstock setiap hari kecuali hari Sabtu.

Dari segi proses penghantaran pula, mereka akan pos pada hari yang sama. Satu perkembangan yang positif! Diharapkan segala perancangan Khairulaming dan team akan dipermudahkan segalanya. Selepas ini pasti tidak akan ada masalah pelanggan yang mengidam Sambal Nyet Berapi!

bungkusan nyet sambal
Proses pembungkusan sebelum sambal di pos kepada pelanggan

Ramai yang teruja dan bangga dengan kejayaan khairul, admin sendiri kagum dengan perjalanan beliau. Bagaimana khairul memulakan langkah sehingga beliau berada di tahap yang sekarang sepatutnya dijadikan sebagai satu inspirasi kepada anak muda sekarang untuk melangkah berjaya bersama. Terima kasih kepada khairulaming kerana secara tidak langsung telah berjaya memberi inspirasi kepada masyarakat selain berjaya berkongsikan manfaat kepada ramai orang. Salute!

khairulaming sambal
Warehouse sambal nyet berapi. Woha!

Kami team kakibawang.my sentiasa mendoakan yang terbaik kepada Khairulaming dan team! Tahniah dan terima kasih sekali lagi kerana anda telah memberi inspirasi dan manfaat kepada ramai orang. Akhir kata, BRANDING NO.1!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *