salad
salad

Khasiat Salad dan Ulaman Kepada Tubuh Badan

Di zaman moden ini ramai orang-orang muda yang kurang berminat dengan salad. Sedang kan ulam-ulaman ini terdapat banyak khasiat untuk tubuh badan manusia. Bila sebut salad, ianya terkait rapat dengan penjagaan diri untuk awet muda. Tahukah anda di Malaysia. Kita terdapat lebih  daripada 120 ulam-ulaman, sama ada yang kecil dan tumbuh melata seperti pegaga mahupun pokok yang besar seperti petai dan jering.

Orang dahulu amatlah sinonim dengan makan ulam-ulaman atau salad. Mereka jadi kan ulam sebagai makanan harian mereka, jika tidak ada maka tidak sah. Di Malaysia dan hampir keseluruhan asia tenggara amat menggemari ulam-ulaman, dan kebiasaan nya akan dimakan bersama-sama sambal, budu dah sebagai nya.

Di sini saya senaraikan 10 jenis ulam-ulaman pilihan masyarakat melayu yang mempunyai kebaikan dan khasiat pada tubuh badan kita.

Pegaga

image 36

Pegaga adalah ulam yang mudah untuk kita temui di kampung-kampung, dan biasanya akan ada dalam majlis-majlis kenduri di kampung. Pegaga telah pun diiktiraf oleh (WHO) Peryubuhan Kesihatan Dunia, sebagai herba.

Antara khasiat ulam pegaga adalah dapat menjana kecerdasan minda untuk berfikir, membantu peredaran darah dan dapat menyihat kan kulit. Ada juga yang mengisar ulam pegaga dan dijadi kan sebagai minuman.

Ulam Raja

image 39

Ulam raja dalam Bahasa inggeris nya King of Salad ada;ah khazanah herba, yang dikatakan dapat melancarkan peredaran darah, menjadi detoksifikasi, menguatkan tulang dan menyingkirkan tosik dari badan.

Juga dikenali sebagai ‘Intan Berayun’ dan ‘Kenikir’ atau nama saitifiknya Cosmo Caudatus. Kajian mendapati ulam raja menpuyai 3% protein, 4% lemak, Karbohaidrat, kalsium dan vitamin A.

Daun Selom

image 34

Daun Selom atau nama saitifik nya oenanthe javanica, juga salah satu ulam yang di gemari di Malaysia. Mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit pedas.

Dikatakan daum selom boleh membantu mengubati demam panas, demam kuning sembelit serta melawaskan kencing. Antar khasiat lain nya dapat membantu masalah insomnia yang juga berpunca dari masalah hati. Ianya juga boleh ditumbuk dan dijadi kan ubat bisul atau sengatan serangga.

Pucuk Gajus/Janggus

image 37

Bila sebut pasal gajus semua orang tahu akan kacang gajus yang juga boleh dimasak Bersama-sama nasi. Nama Saitifik bagi daun gajus ialah anacardium occidental. Hanya pucuk sahaja yamg dibuat ulam. Mempunyai rasa yang kelat masam.

Antara khasiat pucuk gajus ialah dipercaiyai dapat mengelakan dari penyakit kanser, membantu penghadaman, juga membantu merawat penyakit kencing manis dan darh tinggi. Untuk sesiapa yang sakit gigi atau ulser boleh guna kan air rebusan dan berkumur-kumur. Juga boleh diguna kan untuk kulit yang melecur dengan menumbuk lumat daun nya dan diletakan di tempat lecur.

Kacang Botol

image 38

Nama saitifik kacang botol ialah Psophocarpus tetragonolobus, ulam ini boleh di dapati dipasar-pasar pagi bahkan boleh didapati di pasar raya yang terdekat.

Antara khasiat nya ialah melambatkan penuana atau awet muda, juga bagus untuk ibu mengandung dikatakan dapat menjaga kesihatan kandungan, juga dapat membantu masalah penglihatan, dan bolem membantu masalah obesiti dan dapat mengurangkan berat badan.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Rujukan:
https://www.freemalaysiatoday.com/

http://www.ukm.my/monline/khasiat-ulam-ulaman.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *