Umar Al Khattab Rasulullah

Siapa itu gerangan seorang insan terunggul bernama Umar Al Khattab?

Umar Al Khattab Rasulullah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang. Segala puji bagi Allah pemilik segala kebaikan.

Nama sebenar kepada Khalifah Ar Rasyidin yang kedua ini adalah Umar bin Al Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah. Saidina Umar Al Khattab terkenal dengan kisah sebelum keislamannya iaitu zaman jahiliahnya. Beliau merupakan seorang insan yang sangat bengis dan garang. Beliau terkenal sebagai Abu Hafs dan di beri gelaran ‘Al Faruq’ (Pembeza antara kebenaran dan kebatilan). Saidina Umar Al Khattab dilahirkan pada tahun 585M di Mekah 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW. Beliau merupakan sahabat yang paling mengasihi Rasulullah SAW sewaktu keislamannya. Ayuh kita baca 5 Truth about The Fierce ‘Al Faruq’.

images
  1. Penentang Kuat kepada Islam

Sewaktu zaman jahiliah Saidina Umar Al Khattab, beliau merupakan seorang penentang kuat kepada agama Islam. Umar terkenal dengan pendiriannya yang kuat mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Selain mempunyai keberanian dan kekuatan yang luar biasa, beliau juga diangkat sebagai salah seorang pembesar Quraisy.

Saidina Umar Al Khattab terkenal sebagai seorang ahli diplomatik yang sentiasa mendamaikan pihak kabilah yang bermusuhan. Beliau juga dilantik sebagai juru runding atas kelebihannya membuat perundingan diantara kabilah yang berbalah.

images 1
  1. Beliau pernah merancang untuk membunuh Baginda Nabi SAW

Saidina Umar Al Khattab pernah merancang untuk membunuh Baginda Nabi Muhammad SAW diatas kecintaannya kepada ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Ini kerana beliau ingin membersihkan masyarakat Quraisy yang beliau sayangi dari segala hal yang berhubungan dengan agama Islam.

Sewaktu beliau ingin melaksanakan rancangan jahatnya, Saidina Umar telah mendengar bahawa Rasulullah SAW sedang berkumpul bersama para sahabat di rumah Arqam Ibn Abu Al Arqam. Mendengar hal itu, beliau terus menghunuskan pedangnya dan menuju ke tempat Rasulullah SAW berada untuk menunaikan niatnya iaitu ingin membunuh Baginda.

Akan tetapi sewaktu perjalanan beliau menuju Baginda SAW, beliau bertembung dengan seseorang yang membawa berita bahawasanya dia sepatutnya membunuh adiknya terlebih dahulu disebabkan adiknya telah memeluk agama Islam. Disini kisah dimana Saidina Umar Al Khattab dikurniakan Hidayah oleh Allah SWT.

Umar Ibn Al Khattab Embrace Islam
  1. Rasulullah pernah berdoa supaya Saidina Umar Al Khattab dikurniakan Hidayah

Baginda Rasulullah SAW pernah berdoa kepada Allah SWT,

” Ya Allah muliakanlah Islam dengan dua orang yang paling Engkau cintai antara Umar Al Khattab atau Abu Jahal Bin Hisyam “.

Hadis Riwayat At Tirmidzi

Di sebabkan keperibadian Saidina Umar, Rasulullah SAW sendiri berdoa kepada Allah SWT supaya beliau menerima Islam lantas menguatkan agama Islam yang sewaktu itu baru diperkenalkan. Tiada doa yang lebih makbul dari doa dari seorang Kekasih Allah yang Abadi.

Pada hari dimana Saidina Umar Al Khattab ingin membunuh Baginda Nabi SAW, beliau menuju ke rumah adiknya atas sebab berita keIslaman adiknya. Beliau mendapati bahawa adiknya sedang membaca lembaran Al-Quran dari Surah Taha. Beliau memukul iparnya yakni suami kepada adiknya sepuas puasnya. Namun adiknya cuba meleraikan pergelutan, tetapi telah ditampar oleh Saidina Umar menyebabkan mulut adiknya berdarah.

Akan tetapi Hidayah Allah itu sesuatu yang pasti buat hambaNya yang terpilih. Saidina Umar berkeras pada adiknya yang beliau mahu melihat lembaran-lembaran ayat suci Al-Quran yang dibaca adiknya. Setelah diarahkan berwuduk dan menyucikan diri oleh adiknya, maka beliau membaca helaian lembaran dari Surah Toha tersebut.

اِنَّنِىۡۤ اَنَا اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنَا فَاعۡبُدۡنِىۡ ۙ وَاَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكۡرِىۡذِكْرِي

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.” Surah Toha Ayat 14

Keadaan wajah beliau berubah sama sekali. Lalu beliau berhajat untuk membawanya berjumpa dengan Rasulullah SAW. Pengislaman ini disebabkan oleh doa Rasulullah SAW pada malam hari sebelum kejadian tersebut iaitu malam jumaat. Maka beliau telah memeluk agama Islam pada pagi jumaat.

Abdul Mutallib RA wanted to tell the Makkans
  1. Pengislaman Saidina Umar merupakan kemenangan Umat Islam

Dengan kehadiran Saidina Umar Al Khattab memeluk agama Islam, umat Islam mencapai satu kemenangan besar. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana beliau mendapat gelaran ‘Al Faruq’, Saidina Umar Al Khattab menjawab:

” Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah SAW:

” Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran? “

Jawab Rasulullah SAW: “Ya benar.”

Aku berkata lagi: ” Kenapakah kita beribadah secara sembunyi? “

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua saf, aku dan Saidina Hamzah. Maka orang kafir Quraisy sangat marah dengan perilaku kami, lalu Rasulullah SAW menggelarkan aku ‘Al-Faruq’.

Gelaran Al-Faruq diberikan Baginda kepada Saidina Umar Al Khattab adalah kerana beliau memeluk agama Islam, dan menyebabkan umat Islam yang lain mendapat semangat baru untuk mengamalkan ajaran Islam secara terang-terangan di Kota Mekah. Abdullah bin Mas’ud berkata,

” Kami menjadi kuat sejak Umar RA memeluk agama Islam “

FB IMG 1475665453961
  1. Saidina Umar Al Khattab, insan yang berani dan menggerunkan

Saidina Umar terkenal dengan keberaniannya semasa zaman jahiliyyahnya dan bertambah keberaniannya Allah kurniakan sesudah beriman kepada Allah SWT. Pada detik detik terakhir sebelum meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a yang menyaksikan peristiwa tersebut meriwayatkan,

Setelah Saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang dan disandangnya disisinya, kemudian beliau mencapai busar panah lalu disangkut di bahunya sambil menggenggam sebatang anak panah lalu melangkah menuju ke Kaabah. Pada ketika itu pembesar-pembesar Quraisy sedang bersantai disisi Kaabah menyaksikan kehadiran Saidina Umar.

Saidina Umar Al Khattab melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan sedikitpun pembesar-pembesar Mekah yang memerhatikannya tersebut. Setelah selesai beliau melaksanakan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat. Seusai sahaja solat, beliau berdiri disisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata kata keras dan pedas terhadap puak kafir Quraisy tersebut. Beliau berkata

” Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak puak jahannam yang memusuhi agama Allah ”

Ada hadis merakamkan tentang perwatakan Saidina Umar yang bengis dan berani. Antaranya,

” Sesungguhnya aku melihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari umar “

Hadis riwayat At Tarmidzi

Hebat insan yang diberi gelaran Al Faruq oleh Baginda Rasulullah SAW ini. Pembela agama Islam yang terunggul. Sesungguhnya tiada cinta lebih dalam daripada cintanya para Sahabat Rahmatullahialaih kepada Baginda Nabi SAW.

Ya Allah, jadikan kami insan yang mencintai Baginda Nabi Muhammad SAW seperti sahabat sahabat Baginda mencintai Beliau. Tempatkan makam para sahabat di tempat yang tertinggi disisi Mu atas pengorbanan mereka Ya Allah. Aameen.

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad.

Sumber :

http://man999.tripod.com/umaralkhatab.htm

http://ar-raqib.blogspot.com/2012/09/kisah-pengislaman-saidina-umar-al.html#.X8yTRWgzaUk

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *