Jika Anda Ingin Menjadi Seorang Pro Player PUBG Mobile atau PC,Langkah Pertama Yang Anda Perlu Tahu Adalah Kenal Pasti 5 Role Penting Dalam PUBG.

Player Unknown Battleground Mobile atau PUBG Mobile bukanlah sekadar game menembak yang biasa-biasa.Terdapat beberapa perkara asas yang penting dan perlu dititikberatkan. Salah satu darinya adalah Role dalam game. Terdapat 4 role yang penting dalam pemainan PUBG bagi memastikan strategi sesebuah pasukan itu lebih efektif.

Pasukan PUBG terkenal dari Malaysia seperti Yoodo Gank, Team Secret selain pasukan gergasi dunia dari Indonesia iaitu Bigetron RA juga sangat mementingkan kualiti disetiap role yang telah ditetapkan kepada ahli kumpulan. Berikut merupakan beberapa role penting dalam pemainan PUBG.

  1. IGL – In Game Leader.
naz1

Nak jadi macam Yakuza dalam team EVOS VIP? Nak jadi macam Madtoi dalam Team Secret? atau nak jadi macam ManParang dalam team Yoodo Gank? Sudah semestinya setiap pasukan memerlukan seorang ketua yang pandai memberi arahan kepada “teamates” yang lain. Peranan Leader dalam pemainan Pubg sangat penting bagi mengatur pergerakan dan mengatur formasi saat menyerang dan bertahan. Selain itu, leader juga perlulah mempunyai kemampuan menentukan kedudukan terbaik untuk pasukan dalam mencari kompaun untuk bersembunyi dan bertahan. Kebiasaannya, Leader juga akan berperanan sebagai seorang Scouter. Kompaun merupakan tempat untuk setiap ahli pasukan mengawasi setiap gerak geri musuh yang bakal mereka hadapi.

2. Scouter.

Role Scouter dalam pubg merupakan tugas yang agak berat.Hal ini demikian kerana seorang scouter perlulah berani kedepan bagi membuka jalan untuk “teammates” agar mereka boleh masuk ke kompaun dengan selamat. Scouter juga bertanggungjawab dalam memberi informasi dengan memberitahu “teamates” sama ada laluan atau kompaun di hadapan yang bakal mereka hadapi selamat atau tidak dan membuka jalan untuk pasukan melakukan rotasi ketika masuk ke dalam “Circle”. Oleh sebab tugas yang sangat mencabar ini,seorang scouter biasanya akan menjadi pemain pertama yang akan mati dalam sesebuah pasukan tersebut.

3. Fragger

naz2

Role ini susah semestinya terkenal dikalangan semua pemain game PUBG kerana keupayaan membaca langkah musuh disekeliling dan keupayaan menembak dengan kualiti yang bagus perlu ada dalam pemain yang memainkan role ini. Anda kenal bukan dengan Uhigh? Bocah ajaib untuk Team Secret, merupakan salah satu contoh fragger player dalam PUBG.Selain daripada itu, kepada anda yang akan memainkan role ini, janganlah terlalu mementingkan diri sehingga ingin menjadi hero dalam team untuk membunuh musuh lain sendirian kerana jika anda mati paling awal, anda akan memberikan kesan negatif kepada team. Oleh itu, kena pastikan semua teammates susah berada berdekatan dan selepas itu barulah mulahkan peperangan, bak kata pepatah “Ringan sama dipikul,Berat sama dijinjing”.

4. Sniper

sniper

Team tidak akan lengkap kalau tiada role Sniper yang akan dimainkan. Seorang penembak tepat yang akan memainkan peranan penting dalam team dengan memantau pergerakan pihak musuh dari jarak jauh sambil memantau kawasan yang bakal dijaga oleh teamates. Seorang sniper memerlukan skill menembak jarak jauh dengan tepat dan cepat, ini supaya pihak musuh tidak dapat membalas semula serangan. Sniper memerlukan kawasan yang tinggi untuk mudah memantau pergerakan pihak musuh dari jarak jauh sambil menggunakan senjata yang sesuatu untuk Sniper seperti AWM,M24 atau KAR98K. Kekurangan seorang Sniper ialah tidak sesuai untuk pertempuran dekat kerana senjata yang digunanya hanya sesuai untuk berperang dengan jarak jauh.

5. Support

PUBG

Peranan yang terakhir dalam team pula ialah Support atau sokongan.  Sesiapa yang akan memainkan peranan ini akan sentiasa berada di belakang teamates bagi memantau keadaan belakang team sentiasa selamat daripada terkena tembakan dari arah belakang.Pemain yang memainkan role ini perlu pakar dalam menggunakan semua senjata yang ada dalam game PUBG ini.

Selain daripada itu, Pemain Support ini juga perlu pandai dalam menggunakan grenades, flashbang, stun grenades dan molotov. Pada masa yang sama, Pemain role ini juga akan menjadi ahli medik team dimana apabila salah seorang pemain lain knockdown,Support player perlu datang untuk menhidupkan semula pemain tersebut dalam erti kata lain revive pemain yang jatuh itu dan menyediakan kelengkapan nyawa yang mencukupi seperti Medkit, first aid, bandages, painkiller dan can bagi membantu teamates lain yang tidak mencukupi kelengkapan nyawa.

Itulah peranan peranan yang bakal dimainkan oleh satu team PUBG. Jika sesuatu team tidak diberikan role masing masing, maka kebarangkalian TOO SOON itu amat tinggi.Oleh itu, jika mahu team PUBG anda nampak tersusun rapi, maka setiap seorang player haruslah diberikan role yang sesuai dengan team anda dan mungkin team anda akan mendapat kemenangan WINNER WINNER CHICKEN DINNER.

Jika mahu lebih details lagi tengah roles dalam PUBG,sila tekan link di bawah ini.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *