Resepi Sambal Bawang Special Ayam Penyet. Pernahkah anda mencuba menu Ayam Penyet? Pasti anda tertarik dengan sambalnya bukan? Kali ini, admin akan berkongsi dengan anda semua akan resepi Sambal Bawang ala-ala Ayam Penyet yang telah disediakan oleh saudari hermawan_devina.

Bahan-Bahannya:

  • 6 ulas bawang putih (jangan dikupas)
  • 150-200 ml minyak masak
  • 150 gram bawang merah (ditumbuk)
  • 150 gram cili padi
  • 8 gram belacan
  • 50 ml air
  • 1 sudu gula
  • 1 sdt garam

Cara membuat:

1. Panaskan minyak lalu goreng bawang putih yang sudah ditumbuk hingga warnanya bertukar menjadi coklat Apabila sudap siap, kupas kulit bawang.

Image

2. Masukkan bawang merah dan cili padi ke dalam mesin blendar lalu cincang. Harus diingat, blend jangan sampai terlalu lumat ya.

Image
Bahan-bahan dimasukkan di dalam mesin blendar
Image
Pastikan semua bahan dimesin lumat

3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam minyak lalu tambahkansedikit belacan dengan menggunakan api kecil.

Image

4. Masukkan garam, gula, dan Maggie secukup rasa, gaul sehingga rata.

Image

5. Masukkan sedikit air lalu masak sambal hingga air benar-benar susut dengan api kecil.

Image

6. Alhamdulillah sambal bawang special telah siap! Selamat mencuba

Image

Sumber: Twitter

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana anda terus menyokong kami kakibawang.my Alhamdulillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *