Eyh0K9LVIAY4LlO

Minggu hadapan, umat islam sudah mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramdhan. Sudah tentu, para-para ibu atau isteri pasti sibuk menyediakan juadah berbuka puasa yang sedap dan lazat untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang.

Image

Salah seorang pengguna twitter, Zura dengan nama penanya @Nasimarhaen berkongsi resepi ayam masak merah yang special iaitu lain dari yang lain apabila menggunakan santan dalam masakan beliau yang diwarisi daripada arwah ayahnya sejak 30 tahun lalu.

Mari kita ikuti resepi yang dikongsi beliau;

Bahan A (Dikisar)

  1. bawang besar
  2. halia
  3. serai
  4. lengkuas
  5. bawang putih
  6. cili merah
  7. buah keras
  8. serbuk jintan manis
  9. jintan putih
  10. kaskas
  11. serbuk cili
  12. gula batu

Bahan B (Kisar juga)

Cili kering dikisar (Pastikan dibasuh sehingga tiada biji)

Bahan C (Tumis)

  1. Bawang besar
  2. Halia
  3. bawang putih
  4. rempah 4 sekawan
  5. daun pandan
  6. daun kari

Bahan D

  1. Sos Kimball (Dalam Tin)
  2. Sos tomato Heinz Soup
  3. Susu Cair / santan

Cara-cara memasak:

  1. Tumis Bahan C sehingga kekuningan.
  2. Masukkan Bahan B.
  3. Masukkan Bahan A yang yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak dah hilang bau rempah ratus.
  4. Masukkan Bahan D.
  5. Letak garam secukup rasa

Siap! Selamat Mencuba.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana anda terus menyokong kami kakibawang.my Alhamdulillah!

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *