Aiskrim

Aiskrim tetengah panas ni memang marvelous!

Waktu-waktu PKP ni banyak masa terluang. Yelah dah kena stay at home. Macam macam benda kita boleh buat sebenarnya. Yang dari tak reti masak, boleh la rajinkan diri untuk tingkatkan skil masak waktu PKP ni.

Tapi bila sampai bab aiskrim, bila teringin ke kempunan ke nak makan aiskrim dah satu hal pulak kena keluar beli sebalang. Haa! Jangan risau jangan sedih, waktu PKP melanda negara ni jom kita ikuti resepi aiskrim yang mudah dikongsikan oleh seorang warga twitter yang bernama Zera. Jom kita follow resepi beliau!

Aiskrim

Resepi Utama

1) 1 tin susu cair (apa apa brand boleh) baru RM2 something

2) 2 sudu besar susu pekat

3) 2 sudu besar ovalette

4) 4-5 sudu besar serbuk koko / milo (takguna milo sbb nanti makin manis)

Haaa mudah je kan bahan bahan yang diperlukan. Sangat mudah!

Tambahan Bahan

Okay tu je bahan2 basic. Tapi if u want to make it fancy or nak habiskan barang2 yg ada kat rumah bileh masukkan choc chip or choc sos.

Haaa yang mana nak rasa fancy sikit rasa macam nak buat aiskrim tu jadi ala ala Baskin Robin sikit boleh la korek bahan bahan tambahan kat dapur tu macam chocolate chip ke, chocolate syrup ke, choc rice ke. Apa apa sahajalah yang kepala korang rasa minat nak letak. Jangan letak sabun sudah ye!

Cara Cara Penyediaan

EVj0kUSUwAArmRg

1) Keluarkan dari peti sejuk susu cair (ikut firasat kalau sejuk lagi senang smooth lol).

2) Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko dalam mangkuk

3) Lalu putar putar guna mixer dalam 10-15min. Penting putar lama2 sbb nk bagi ovalette tolong gebukan

4) Masukkan serbuk koko & putar sampai dia punya konsistensi mcm gambar kt bawah. Bila kita angkat mixer bentuk dia stay.

5) Okay pastu dah boleh letak chip choc dan lain2

6) Dah boleh masukkan dlm tupperware eskim yg tak guna jgn amek yg mak korang guna letak ikan lak

7) Dah letak dlm tupperware ikut korang la nk tambah hias2 atas aiskrim tu biar lawa. Ok done boleh letak dlm peti.

Haaa ikut one by one ya cara cara yang di tunjukkan tu. Jangan skip satu pun. Kang tak jadi aiskrim nanti!

End Result!

Todia todia todia! Jadi woi aiskrim dia!

Ini kalau dibedal time time cuaca panas ni memang sedap ni! Selamat mencuba semua!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *