mortgage application reject edit

Pinjaman perumahan adalah komponen paling penting dalam proses membeli rumah. Melainkan anda ada wang tunai yang banyak tidak memerlukan pinjaman perumahan.

Bayangkan anda dah sedia nak beli rumah. Gaji dah sedap dan kerja pun dah stabil. Keluarga makin besar. Masa itu dan mula dah target nak beli rumah kat mana. Tiba-tiba bank kata anda sebenarnya tak layak mohon pinjaman perumahan. Alamak!

Inilah yang kami akan bincangkan…

Punca Pinjaman Perumahan Gagal

Ada beberapa punca kenapa bank tidak meluluskan pinjaman perumahan anda. Dalam artikel ini, kita akan menyelusuri tujuh sebab paling kerap berlaku.

  • Komitmen bulanan dengan bank terlalu tinggi

Komitmen yang tidak perlu seperti pinjaman peribadi, kredit kad dan pinjaman kereta yang terlalu tinggi akan menyebabkan pinjaman perumahan anda bakal ditolak. Pihak bank akan melihat kemampuan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman perumahan yang anda mohon itu.

Kebanyakan bank akan menilai kemampuan seseorang dalam permohonan pinjaman perumahan melalui kaedah Debt Services Ratio (DSR). DSR adalah cara bank untuk ukur berapa banyak duit yang anda boleh bayar balik kepada bank lepas dapat gaji. Ia diukur dalam peratusan (%). Formulanya:

DSR = (Komitmen bulanan dengan bank/Gaji bersih lepas tolak KWSP dan Socso) x 100%

Lagi tinggi nilai DSR anda, lagi bank tak suka. Bagaimanapun, ia bergantung kepada bank. Kalau anda tanya berapa nilai maksimum DSR yang bank nak tengok untuk luluskan pinjaman perumahan, jawapannya adalah bergantung. Lain bank, lain nilai maksimum DSR yang mereka nak tengok.

Kalau DSR anda terlalu tinggi, bank akan tengok jumlah simpanan anda di bank. Kalau ada banyak, mereka boleh beri perluang untuk luluskan pinjaman. Kalau tak banyak, mereka akan gagalkan permohonan pinjaman perumahan anda.

  • 136358308 416448899474590 5371613997078106823 n
  • 136340566 2832793970373511 7363587692795525044 n
  • 136755496 2855260244794505 6569110467212650471 n
  • 136165417 1062602904211995 767360312874734871 n
  • 135845964 881173712699414 5901671499536030404 n
  • 135793094 866608667485504 728705708676317785 n
  • 136479144 876852212874816 4198799876983224429 n
  • 136335340 2116289665179228 9027953731873608944 n
  • Laporan CCRIS tak Cantik

CCRIS adalah sebuah sistem BNM yang mengumpul semua data kredit setiap individu daripada institusi kewangan. Melalui laporan CCRIS inilah bank boleh tahu perangai anda sebagai pembayar hutang.

Kalau anda jenis bayar hutang tepat pada masanya, laporan anda akan ada banyak nombor ‘0’. Kalau anda jenis culas bayar hutang, laporan anda akan ada nombor-nombor selain ‘0’. Contohnya angka ‘1’ menandakan anda lewat bayar sebulan. Angka ‘2’ menandakan anda lewat bayar dua bulan dan seterusnya.

Pihak bank akan melihat laporan CCRIS ini sebelum meluluskan pinjaman perumahan anda. Jika anda mempunyai rekod yang baik iaitu angka ‘0’, peratus permohonan anda untuk lulus adalah sangat tinggi.

CCRIS2

Pekerjaan Berisiko Tinggi

Maksud pekerjaan berisiko tinggi di sini adalah pekerjaan di sektor yang mudah terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi global. Contoh paling klasik adalah pekerjaan dalam bidang minyak dan gas (O&G).

Kita sendiri pernah menyaksikan ketidaktentuan harga minyak di peringkat global telah menyebabkan ramai pekerja O&G dibuang kerja.

Kemudian dikala wabak pandemik COVID-19 ketika ini, pekerjaan dalam sektor pelancongan, hospitaliti dan penerbangan pula dikategorikan sebagai pekerjaan berisiko tinggi oleh bank.

  • Pemaju disenarai hitam

Bank juga melihat reputasi pemaju sebagai salah satu faktor sebelum mereka meluluskan pinjaman perumahan anda. Jika anda membuat permohonan untuk membeli rumah dari salah satu pemaju yang tersenarai hitam oleh Jabatan Perumahan Negara, besar kemungkinan pinjaman perumahan anda akan digagalkan oleh pihak bank.

Punca Pinjaman Perumahan Gagal

Terdapat empat sebab mengapa pemaju disenarai hitam di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]: 

  1. Tiada lesen pemaju
  2. Ingkar Award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
  3. Gagal membayar kompaun
  4. Terlibat dalam projek perumahan terbengkalai

Perlu diingat! Terdapat ratusan syarikat pemaju yang sudah tersenarai dalam senarai hitam ini. Jadi pastikan anda semak dahulu jika pemaju yang membina rumah anda tersenarai atau tidak. 

Anda juga boleh membuat semakan dengan pihak bank untuk memastikan pemaju rumah anda tidak berada dalam senarai hitam mereka. 

Untuk memeriksa senarai penuh pemaju senarai hitam di bawah Jabatan Perumahan Negara, sila layari pautan https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/43.

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Sumber: hihome.asia

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *