play station 5

Malaysian Boleh Dapatkan Play Station 5 Dengan Filter ‘PS5 Box’ di Instagram

Admin juga teruja apabila tular di Instagram berkenaaan satu filter terbaru berkenaan play station iaitu ‘PS5 Box’. Pada mulanya ramai yang percaya apabila ramai yang sudah memiliki PS5. Terkejut kawan rapat sudah berjaya memilikinya! Namun ianya hanyalah sekadar filter di Instagram. Kini semua orang boleh memilkinya.

WhatsApp Image 2020 11 05 at 22.16.55

Jika dilihat ianya merupakan gambar yang disunting menggunakan Instagram Filter. Kreatif bukan? Filter ini telah dicipta oleh AR On Everything yang membolehkan pengguna seolah-olah telah memiliki PS5. Ada juga yang bergurau jadi berlagak sesama rakan dek kerana telah memiliki PS5 yang ditunggu-tunggu.

Dengan adanya filter ini, pengguna Instagram boleh ‘show-off’ dengan rakan anda yang anda sudah dapat PS5 walaupun hakikatnya tidak. Apapun admin berterima kasih kerana kekreatifan filter ini. Dapat menampung hati pengguna yang kebosanan akibat terpaksa melalui PKPB!

ps5

Bagaimana Hendak Dapatkan Filter Instagram PS5 Box?

Anda boleh dapatkan filter PS5 melalui Instagram, caranya seperti dibawah:

  1. Buka platform Instagram
  2. Pergi ke Instagram Story
  3. Pergi ke bahagian Effect
  4. Cari “Browse Effects”
  5. TaipĀ PS5 Box dan buat carian
  6. Anda boleh gunakan effect tersebut dengan meletakkan ilustrasi Kotak PS5 diatas permukaan rata.
ps5 new

Anda boleh cuba di akaun Instagram anda sekarang sementara menunggu the real play station 5 yang sebenar akan dikeluarkan. Setakat ini, tiada lagi khabar berita berkenaan PlayStation 5 akan menembusi pasaran di Malaysia. Anda boleh ambil feel dahulu sebelum benar-benar memilkinya.

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *