Covid19
Covid19

Baru baru ini tular di laman social Twitter, seorang pengguna Twitter yang bernama Angeline telah berkongsi pengalaman dan symptom yang beliau alami sewaktu terkena virus Covid19.

Posting yang mencatat 4.7k likes dan 3.1k retweets jelas menunjukkan ia telah tular dan mendapat perhatian di mata mata para netizen di Malaysia sekali gus memberi impak awareness kepada masyarakat Malaysia sekarang yang sedang berperang dengan virus Covid19.

EqLO71RVoAAzYk4

Tanda – tanda awal Covid19 hanyalah batuk dan badan panas

I start from batuk lepas balik dari kluang 8 Dec I pergi kluang untuk settle hal bank, Malam 8 Dec I dah start batuk kuat and Badan panas

Angelina telah memberitahu yang beliau baru sahaja balik dari Kluang Johor atas sebab urusan bank. Symptom seperti batuk dan badan terasa panas mula menunjukkan tindak balas dan memberikan pelbagai persoalan buat Angelina.

9hb I pergi klinik penawar BBU sebab tak larat badan panas and batuk plus sakit kepala yang teramat! I dah pergi klinik Dr kata maybe I saspek denggi or chikuya(dont know how to spell) sebab I sakit sendi jugak

Selang sehari dari tarikh yang beliau balik dari kluang, symptom tersebut menunjukkan lagi taringnya dan beliau bertambah lemah. Maka beliau mengambil keputusan untuk ke klinik untuk mendapatkan nasihat Dr atas symptom yang beliau alami.

EqLO71UVgAU G79

Setelah 5 hari demam masih tak kebah kebah

15Hb I pergi balik klinik sebab ubat I habis and time tu demam makin teruk, badan i sakit sangat, sendi i semua sakit

I sampai je I ckp i dah seminggu demam, ubat pon dah habis

Setelah 5 hari berlalu symptom demam dan sakit sendi Angelina masih tak surut dan beliau membuat keputusan untuk pergi kembali di klinik yang beliau dapatkan rawatan sebelum ini. Beliau juga memaklumkan kepada Doktor bertugas tentang symptom yang beliau alami, seperti hilang deria bau dan rasa yang berlarutan hampir seminggu. Setelah disiasat semua history dan kontak rapat, Angelina telah disuruh untuk melakukan prosedure swab test untuk mendapat kepastian Covid19.

EqLO73JU0AgeehN

And I bgtau housemate I semua, They shocked! sape je tak terkejut and Housmate I one of yang kerja lab for covid test, so cepat sikitlah tahu kan. So pagi ni, pagi pagi celik mata dapat ws ringkas dari housemate I tu dia kata “Eyma, positive !”

Setelah melalui prosedur swab test, ia telah mengesan yang beliau positive Covid19. Beliau telah ditanya oleh pegawai perubatan tentang sejarah perjalanan dan kontak rapat untuk memudahkan pihak kkm mengesan dan menyekat penularan wabak merbahaya ini.

EqLO75xUUAMd QY

Beliau redha dengan ketentuanNya

Sedih? Ya sedih, tapi I percaya , semua ni jadi ada hikmah. Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan, dia tahu I kuat, dia rindu I mengadu sakit. I kena redha, for my contact rapat yg ada jumpa I. Im so sorry. Jangan risau jangan panic, since I tahu now musim covid I mmg takde salam or dekat dengan orang. Jangan panic just kena quarantines and nanti kkm call for more further action lah.

Apa apa pun, diharapkan semua rakyat Malaysia untuk sentiasa peka dengan penularan virus Covid19 di dalam komuniti kita. Sentiasa lah cuci tangan dengan sabun, mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan sentiasa memakai sanitizer jika keluar di tempat tempat awam.

Suatu hari Saiditina Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW tentang penyakit Ta’un,

Aku bertanya Rasulullah S.A.W mengenai wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala syahid. (Hadis Riwayat Bukhari)

Sesungguhnya jika kita tetap dirumah demi untuk menjaga kelestarian tubuh, In Shaa Allah dengan berkat kesabaran yang kita rasai itu akan dikurniakan pahala syahid buat kita semua In Shaa Allah.

Stay safe, and always stay at home!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *