img 2852

Kerteh- Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah berjaya menangkap seekor Harimau belang jantan melalui tembakan ubat pelali di Ladang Felda Kerteh 2, Kemaman, Terengganu awal petang kelmarin.

Sebelum itu, Harimau belang atau dikenali sebagai king of malaya tersebut telah tercedera kerana terdapat 3 kesan tembakan pada bahagian kaki belakangnya. Harimau ini akan dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), untuk rawatan susulan dan pemantauan lanjut.

Sebelum itu, satu video yang berdurasi 45 saat itu memaparkan seekor harimau tersebut sedang mengerang kesakitan akibat ditembak pemburu haram di bahagian kakinya sebelum dibawa ke Hospital.

Harimau belang berjaya dibawa keluar dari ladang sawit
img 2854 1
Harimau yang disuntik ubat pelaling untuk dibawa ke perlindungan
harimau belang
Harimau belang dibawa ke sebuah tempat perlindungan yang lain

Kejayaan tangkapan Harimau pada hari ini diharap dapat menyelesaikan masalah gangguan Harimau yang telah menyerang ternakan penduduk sekitar ladang tersebut sejak November tahun lepas.

Sumber : Perhilitan

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Lagi artikel menarik:

  1. Nicol David Win The World Greatest Athlete of All Time With 318,943 Votes
  2. Extraordinary Story of Anak-anak Sidek, 5 Lagenda Badminton Malaysia
  3. Harga Emas Dijangka Naik RM500/g Tahun 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *