Pekerja

Pekerja J&T Ekspress Perak membuat pemohonan maaf terbuka

Setelah beberapa hari yang lepas tular mengenai video pekerja J&T melakukan situasi seakan mogok dengan melempar barangan parcel, kini telah tular video pemohonan maaf terbuka dari pekerja J&T Express Perak.

Video berdurasi selama 57 saat berkenaan telah di muat naik oleh pemegang akaun laman sosial twitter bernama Viral Perak.

Dari ucapan pekerja J&T Ekspress Perak tersebut, mereka menekankan bahawasanya video kegiatan mereka yang tular beberapa hari yang lepas tidak ada kena mengena dengan isu dalaman atau sebarang pemotongan gaji dari pihak pengurusan J&T sendiri.

Mereka juga mengatakan bahawa kegiatan mereka dalam video yang tular itu bukan berniat mogok atau protes. Mereka juga memohon maaf kerana telah menjejaskan nama syarikat J&T sendiri diatas kekecohan yang berlaku.

Mereka juga berjanji untuk memproses dan menghantar barangan parcel pengguna secepat yang mungkin.

Pihak pengurusan J&T telah mengeluarkan surat terbuka

Pekerja

Pemakluman ini sedikit sebanyak memberi jawapan kepada tanda tanya yang tercetus dikalangan para pelanggan syarikat berkenaan. Diharapkan tidak akan berlaku lagi perkara sedemikian dari pihak J&T di masa hadapan.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *