Pekerja

Pekerja Syarikat J&T melemparkan barang tanpa rasa bersalah !

Baru sehari yang lepas kita dihidangkan dengan video pemohonan maaf khas dari pekerja J&T Ekspress Perak yang bertindak seakan mogok dan protes merosakan parcel parcel. Harini tular lagi video rakaman CCTV menunjukkan sikap pekerja syarikat courier berkenaan yang tidak beretika mencampak campak parcel pengguna tanpa rasa bersalah.

Video berdurasi selama 30 saat itu telah di viralkan oleh salah sebuah pengguna akaun terkemuka di Twitter iaitu OH! MEDIA.

Pekerja

Jelas kelihatan pemuda berkenaan membaling bungkusan parcel tersebut dengan tanpa rasa bersalah. Kelihatan juga longgokan barangan di atas lantai membuatkan masyarakat lebih marah diatas perkara tersebut.

Persoalannya, apa yang sebenarnya berlaku di dalam pengurusan J&T ini? Baru baru ini pihak pengurusan J&T sendiri telah mengeluarkan satu surat terbuka menjelaskan tentang video viral tempoh hari.

Walaubagaimanapun, masih lagi tular video video terbaru membuktikan tahap perkhidmatan J&T disebalik tabir. Ini sedikit sebanyak menimbulkan amarah dan ketidak puasan hati masyarakat rakyat Malaysia yang sentiasa memilih J&T sebagai salah satu platform courier mereka.

Diharapkan pihak pengurusan J&T mengambil ini sebagai satu masalah yang serius. Kerana ini melibatkan barangan pengguna yang tidak bersalah dan tidak ada kena mengena dengan hal dalaman J&T.

Buat sesuatu, sebelum rakyat Malaysia mula memboikot platform kamu!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *