Jersi Baru Harimau Malaya
Setelah setahun Harimau Malaya menyepi tanpa sebarang aksi, hari ini Nike telah melancarkan dua jersi edisi terbaharu bagi tahun 2021. Buat pertama kali sejak tahun 2007, jersi malaysia kembali dengan berkolar bagi design Tuan Rumah. Bagi jersi edisi untuk pelawat, corak jalur antara kuning dan hitam menjadi tema untuk tahun ini.

Untuk kali ini, rekaan jersi utama baharu itu tampak lebih kemas dengan reka bentuk berkolar yang seakan akan mengimbau kembali rekaan Jersi Malaysia suatu ketika dahulu. Manakala pemilihan warna baharu bagi jersi ‘away’ memastikan semangat Harimau Malaya kekal membara.

Jalur yang terdapat pada jersi ‘away’ diinspirasikan daripada Jalur Gemilang, namun kelainan ditampilkan adalah gabungan warna hitam dan kuning tanpa kehadiran warna biru, putih serta merah buat pertama kali.

Ianya mencerminkan semangat muda dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan dan pada masa sama untuk memberikan penghormatan kepada Harimau Malaya yang kaya dengan tradisinya.
Kedua-dua jersi baharu skuad kebangsaan Malaysia dijual pada harga RM299 dan boleh didapati mulai hari ini di cawangan Nike terpilih selain secara dalam talian di www.nike.com/my dan www.al-ikhsan.com
Sumber : https://www.google.com.my/amp/s/cdn.footyheadlines.com/amp/2453814402167774120
Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my