big sur

Seperti yang kita ketahui, Apple sudah memperkenalkan dark mode kepada macOS sejak macOS Mojave lagi. Dengan software terbaru macOS Big Sur, anda boleh menukar mode dengan mudah dengan hanya pergi ke Control Center. Namun ada cara yang lagi mudah, anda boleh menggunakan NightOwl.

Apa tu NightOwl?

NightOwl merupakan aplikasi 3rd party yang membolehkan anda untuk menukar mode pada macOS anda dari light mode ke dark mode atau sebaliknya dengan mudah dan pantas.

Ciri – Ciri NightOwl

Antara ciri – ciri yang menarik pada aplkasi nightowl adalah anda boleh menukar mode dengan menggunakan shortcut. Antara shortcut yang ditawarkan adalah seperti screenshot di bawah.

nightowl
nightowl

Seperti yang anda lihat, dengan fungsi ini, anda dapat menukar dari light mode ke dark mode atau sebaliknya dengan mudah dan pantas dengan hanya menekan shortcut tersebut pada keyboard anda. Tambahan pula, setiap kali anda menukar mode, anda akan mendengar bunyi ciapan burung hantu. Pada pendapat saya, ini dapat menaikkan mood ‘fun’ anda sewaktu. anda melakukan tugasan.

Seterusnya, dengan aplikasi NightOwl, anda boleh memilih aplikasi yang anda tidak mahu berubah ke dark mode. Contohnya, jika anda suka dengan dark mode secara global, tetapi anda tidak suka dark mode pada aplikasi App Store, anda boleh disable dark mode pada aplikasi tersebut dengan menggunakan NightOwl.

nightowl

Dengan fungsi ini, ia dapat memberikan kebebasan kepada anda untuk menentukan aplikasi yang anda suka dalam dark mode ataupun light mode.

Info Tambahan

Bagi mereka yang masih tidak tahu lagi bahawa macOS Big Sur boleh menukar dark mode dengan mudah pada Control Center di status bar, boleh lihat screenshot di bawah.

big sur

Dekat Mana Nak Download NightOwl?

Anda boleh download aplikasi nightowl di sini. Apa yang menariknya ialah aplikasi ini percuma sahaja.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *