dock

Minggu lepas saya sudah berkongsi tentang tweak yang sangat menarik untuk anda ubahsuai lockscreen anda. Jika anda masih belum baca, boleh klik pautan ini. Minggu ini saya akan berkongsi kepada anda tweak Harbor, cara untuk jadikan dock pada peranti jailbreak iOS anda seperti mac! Anda boleh membuat demikian dengan install tweak tersebut. Mari kita kupas sedikit tentang tweak ini.

Harbor

Tweak Harbor yang di develop oleh Evan Swick sudah lama berada di dalam jailbreak komuniti. Namun tweak ini kurang diberi perhatian kerana sebelum ini tweak ini adalah tweak yang berbayar. Namum baru – baru ini, developer tersebut telah menukar tweak ini kepada percuma dan juga support sehingga iOS 13! Secara asasnya tweak ini dapat menukarkan dock asal pada peranti iOS anda kepada dock seperti macOS. Mari kita lihat video dan gambar di bawah.

dock
dock

Tweak ini sangat sesuai digunakan jika anda seorang yang ingin mengekalkan stail minimalist pada homscreen anda. Anda boleh swipe ke kiri atau ke kanan untuk memilih aplikasi yang anda ingin buka, kemudian anda hanya perlu mengangkat jari anda untuk membuka aplikasi tersebut. Pada pendapat saya, tweak ini sangat sesuai digunakan pada icon jenis glyph. Mari kita contoh icon yang lain di bawah.

dock
IMG 8863

Settings

Settings untun ubahsuai tweak ini sangat mudah untuk digunakan. Anda boleh mengubah animasi ketinggian wave dan juga kelebaran wave sewaktu ada swipe ke kiri dan ke kanan. Jika ada notifikasi yang baru, icon akan melompat seketika untuk memberitahu bahawa ada notifikasi yang masuk. Anda juga boleh hide background dock jika anda tidak meminati background tersebut. Tambahan pula, tweak ini juga menyediakan feature di mana dock tersebut boleh menunjukkan dot pada bahagian bawah icon jika icon itu sudah dibuka. Feature ini sama seperti pada macOS dock.

harbor tweak

Dekat Mana Nak Download Tweak Harbor ni?

Anda boleh download tweak Harbor ini dengan percuma di BigBoss repo. Anda hanya perlu ke Cydia, Sileo atau Zebra, kemudian tulis sahaja Harbor, kemudian install tweak tersebut. Pastikan anda memilih tweak Harbor yang sesuai dengan iOS anda. Sebagai contoh pada screenshot di bawah, saya download Harbor 3 (iOS 13) kerana peranti jailbreak saya adalah iOS 13.

harbor tweak

Secara kesimpulannya, tweak Harbor ini sangat mudah digunakan dan ia juga dapat membuatkan dock pada homescreen anda nampak kemas dan minimalist. Tambahan pula, Harbor juga support pada peranti yang mempunyai notch dan juga tiada notch serta support iOS 13 dan ke bawah. Sekian saja dari saya, nantikan tweak menarik pada minggu hadapan!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *