rumah

Semak Status Pemaju

Pastikan anda check status pemaju hartanah sama ada mereka mempunyai lesen berdaftar atau tidak. Jangan teragak-agak untuk rujuk pada website Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melihat senarai hitam pemaju perumahan.

Elakkan bayar deposit guna cash

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran deposit, pastikan anda memilih kaedah lain selain tunai. Ini kerana jika anda membayar dengan tunai, tiada bukti pembayaran seperti resit yang mengatakan anda telah bayar.
Sebaliknya, anda boleh membuat pembayaran melalui online transfer atau pun cek. Ianya lebih selamat.

Gunakan nama peguam atau ejen hartanah untuk pembayaran

Ini khusus untuk anda yang ingin membeli rumah subsale. Kadang-kadang ada pemilik rumah tersebut akan meminta anda untuk membayar deposit terus ke akaun bank mereka. Jangan cari pasal, nanti kena tipu.
Lebih selamat sekiranya anda buat pembayaran atas nama peguam atau ejen. Ini kerana 2 penama ini merupakan pemegang amanah sementara. Jangan risau, memang ini merupakan undang-undang Malaysia berkaitan penerimaan deposit.

Gunakan khidmat Google

Jangan membuat keputusan terburu-buru kalau developer bagi offer dan suruh anda booking rumah dahulu.
Keluarkan handphone anda dan check terus dekat Google nama projek serta baca review sekiranya ada.

Lawat tapak projek

Lagi selamat sekiranya anda pergi sendiri ke tapak projek dan lihat sendiri proses pembinaan perumahan yang anda ingin beli. Di situ, cuba lihat sama ada piling dah naik atau tidak, tanah dah tolak ke belum dan ada tak pekerja yang tengah sibuk buat kerja.
Dengan cara ini akan membuatkan anda rasa lebih selamat dan berpuas hati untuk beli rumah tersebut.

Pastikan ada salinan dokumen hitam putih perjanjian

Baca terlebih dahulu isi kandungan dokumen yang akan ditanda tangan dan simpan semua salinan dokumen dan resit yang ada.
Kebiasaannya, pembelian rumah akan disertakan dengan Agreement to Purchase (ATP). Di dalam ATP ini akan tertera nama pembeli, nama penjual, bayaran kepada akaun siapa dan syarat jika kontrak dilanggar. ATP ini penting sehingga anda sign dokumen Perjanjian Jual Beli nanti.

Sila klik link whatsapp di bawah dengan segera untuk saya bantu anda !

wasap.my/60137950023/SemakKelayakanPerumahan

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *