sj182

Pray For SJ182

Pesawat komersial Sriwijaya Air, SJ182 yang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, Indonesia dilaporkan hilang dari radar pada Sabtu. Pesawat komersial malang yang membawa 62 penumpang itu dilaporkan terputus hubungan ketika melalui di daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.

Berdasarkan flightradar24, pesawat Sriwijaya Air SJ182 laluan Jakarta-Pontianak itu bertolak dari Bandara Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten pada jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan sepatutnya tiba di destinasi pada jam 3.15 petang.

“Konfirmasi hilang kontak dan saat ini masih diselidiki,” kata Pengurus Cawangan Komunidkasi PT Angkasa Pura 2, Haerul Anwar ketika diminta pengesahan.

Nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182 Indonesia pada Sabtu amat menggemparkan industri penerbangan. Kali terakhir kemalangan pesawat komersial Indonesia adalah pada 28 Disember 2014 yang membabitkan penerbangan AirAsia QZ8501.

sj184 mengimbau kembali penerbangan malang penerbangan AirAsia QZ8501
Bangkai pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas pada Disember 2014

Ketika ini operasi SAR iaitu operasi mencari dan menyelamat masih lagi giat dijalankan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemui.

10 perkara penting mengenai nahas Sriwijaya Air SJ182:

  1. Pesawat malang itu dilaporkan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan penerbangan
  2. Penerbangan ditangguhkan selama 30 minit akibat daripada hujan lebat sebelum pesawat malang ini berlepas
  3. Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat)
  4. Boeing 737-500 itu membawa 62 penumpang termasuk empat anak kapal. Kesemuanya adalah 66 orang termasuk crew. Manakala 10 daripada penumpang adalah kanak-kanak
  5. Ia terputus hubungan jam 2.40 waktu tempatan ketika melintasi ruang udara di daerah Kepulauan Seribu, Jakarta. 4 minit selepas penerbangan dimulakan.
  6. Pesawat itu dipercayai terhempas sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.
  7. Pihak berkuasa Indonesia menemukan titik koordinat lokasi pesawat terhempas dan beberapa kapal Republik Indonesia (KRI) dikerah ke lokasi kejadian.
  8. Pasukan Tindakan Kecemasan berjaya menemukan serpihan logam dan cebisan mayat semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan
  9. Beberapa jaket keselamatan, avtur (bahan bakar turbin penerbangan) dan serpihan pesawat turut ditemui di lokasi kejadian
  10. Sebahagian bangkai pesawat ditemukan pasukan penyelam tentera Indonesia pada kedalaman 75 kaki di Laut Jawa
bangkai sj182
Serpihan bangkai Sriwijaya Air SJ182

Pasukan Tindakan Kecemasan dilaporkan berjaya menemukan cebisan mayat semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan di lokasi pesawat Sriwijaya Air SJ182 terhempas di perairan Kepulauan Seribu.

Menurut Kapten Eko Surya Hadi, mereka turut menemukan jaket keselamatan, avtur (bahan bakar turbin penerbangan) dan serpihan pesawat.

Pasukan itu turut mendedahkan gambar beg hitam yang dibawa keluar dari operasi pencarian dan kebanyakannya mengandungi serpihan-serpihan dari pesawat.

81610254369 SriwijayaAir
Pasukan penyiasat melihat serpihan pesawat yang ditemui pasukan penyelam pada Ahad di Laut Jawa. – Foto AP

Pesawat Sriwijaya Air dilaporkan hilang sekitar empat minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Pesawat itu dikatakan terjunam 10,000 kaki ketika dalam perjalanan ke Pontianak di Kalimantan Barat.

Pasukan penyelam Indonesia berjaya menemui serpihan pesawat Boeing 737-500 pada kedalaman 23 meter di Laut Jawa pada Ahad semalaman, sehari selepas sebuah pesawat dengan 62 penumpang terhempas sebaik sahaja berlepas dari Jakarta.

“Kami mendapat laporan daripada pasukan penyelam bahawa kadar penglihatan di dalam air adalah baik, dan ini membolehkan mereka menjumpai serpihan pesawat berkenaan,” kata Ketua Marshal Udara Hadi Tjahjanto.

“Kami yakin kawasan berkenaan adalah tempat pesawat itu terhempas” Hadi berkata serpihan tersebut termasuk bahagian fiuslaj yang pecah dan berdaftar.

bangkai pesawat
Bangkai pesawat yang telah dijumpai

Serpihan pesawat Sriwijaya Air SJ 182 berjaya ditemui selepas alat sonar pada kapal tentera mengesan isyarat dari pesawat berkenaan di lokasi sama dengan kordinat terakhir ia dikesan sebelum hilang pada Sabtu.

Punca kejadian masih dalam siasatan.”Kami mendengar bunyi letupan, kami sangkakan ia berpunca daripada bom atau tsunami.”Selepas itu kami terlihat sesuatu besar terjatuh ke dalam air,” Ketika itu keadaan cuaca sangat buruk dan hujan lebat menyebabkan susah untuk melihat keadaan sekeliling.

P/s: Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan yang berat ini. Didoakan agar mangsa nahas sentiasa berada di dalam redha Illahi. InsyALLAH.

Sumber: Astro Awani

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *