553

Dengan sekali lafaz, kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, 36, sah bergelar isteri Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 10.02 pagi ini.

Pasangan ini telah selamat dinikahkan dengan berwalikan adiknya sendiri, Mohamed Aqief Mohd Noor.

Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin menamatkan spekulasi hubungan cinta apabila berkahwin, hari ini. - Foto Noor Nabila
Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin menamatkan spekulasi hubungan cinta apabila berkahwin, hari ini. – Foto Noor Nabila

Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun, tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan. Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan serba ringkas dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP). “Majlis hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan sahaja. Kami buat apa yang wajib, selain bersederhana. “Apa yang penting, kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini,” katanya kepada BH Online.

“Kami tidak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenali Engku Emran sekitar Ogos, tahun lalu. Waktu itu, kami hanya berkawan. “Kami mula rapat sekitar hujung tahun lalu. Malah, kami berkongsi minat sama dalam sukan berbasikal,” katanya.

Terdahulu, Nabila dan Engku Emran mencetuskan tanda tanya apabila gosip menjalinkan hubungan cinta tersebar hingga mendapat liputan meluas daripada media Indonesia selepas foto Engku Emran menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular, baru-baru ini

Pelakon tempatan atau bekas suami kepada Noor Nabila, Sharnaaz juga berkesempatan untuk mengucapkan tahniah dan sentiasa mendoakan Noor Nabila dan Engku Emran kekal hingga anak cucu.

Tambahnya lagi Dalam video yang berdurasi selama 1 minit itu, Sharnaaz gembira atas pernikahan tersebut. “Noor Nabila berhak untuk bahagia bersama orang yang tersayang”.

Originally tweeted by ً (@IBCIG) on March 19, 2021.

Nabila berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

Banyak fitnah cakap saya larang Sharnaaz jumpa anak” - Noor Nabila mahu  Jebat dapat kasih sayang bapa - Hiburan | mStar
Hasil perkahwinan mereka terdahulu, Sharnaaz dan Nabil dikurniakan seorang anak lelaki. Jebat Jayden.

Engku Emran pula bercerai dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Lagi artikel menarik:

  1. Keyboard Shortcuts for Windows 10 – Easy Way
  2. Extraordinary Story of Anak-anak Sidek, 5 Lagenda Badminton Malaysia
  3. Harga Emas Dijangka Naik RM500/g Tahun 2021

Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya Engku Emran.

Hubungan Saya Dan Erra Bagai Adik Dan Kakak - Laudya Cynthia Bella
Engku Emran pernah menjadi suami kepada Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana anda terus menyokong kami kakibawang.my Alhamdulillah!

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *