mysejahtera

MySejahtera sebagai platform pemudah cara untuk kenal pasti setiap pergerakan rakyat Malaysia

MySejahtera? Dizaman Covid-19 yang serba mencabar kini, masyarakat Malaysia khususnya dicabar dengan pelbagai dugaan seperti ada yang terpaksa diberhentikan kerja, terpaksa duduk dirumah dalam tempoh masa yang lama berbulan-bulan, kawasan pusat kegiatan sosio ekonomi dan sosial seperti rumah ibadah dan pusat beli belah juga terpaksa ditutup kerana adanya Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020.

Berbulan rakyat terpaksa berkurung didalam rumah dan ada pun yang keluar adalah diwajibkan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak World Health Organisation (WHO). Pasti ada yang berasa marah dan kurang bersetuju dengan langkah kerajaan pada ketika itu. Namun siapa yang menduga, segala yang jadi bukanlah kehendak sesiapa.

Atas sebab pelbagai kepentingan yang perlu difikirkan, pihak kerajaan telah membangunkan satu aplikasi telefon pintar untuk memudahkan segala pergerakan rakyat dapat di rekodkan yang bertujuan untuk memudahkan pihak KKM mengenal pasti kawasan dan masa sekiranya ada diantara pengguna aplikasi MySejahtera yang kurang bernasib baik terkena virus Covid-19.

mysejahtera cara penggunaan

Pada awal kewujudan aplikasi ini, agak sukar untuk rakyat melalui new norma yang pada dahulunya jika hendak kemana sekali pun tidak perlu untuk mereka melalui scan aplikasi dan cek suhu badan semasa. Namun setelah sekian lama, rakyat sudah mula menjadikan perkara ini sebagai new norma bagi mereka.

Pernah juga aplikasi MySejahtera ini dikecam oleh rakyat kerana info statistik berkenaan situasi semasa kelihatan seperti tidak di update dimana angka statistik dilihat tidak sama dengan angka yang dikeluarkan oleh pihak KKM. Namun, segalanya dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Ujian berkala juga turut dilakukan dari semasa ke semasa untuk menguji tahap keselamatan siber Mysejahtera. Kita sebagai rakyat seharusnya menghargai segala usaha kerajaan yang bertungkus lumus dalam menangani wabak Covid-19 ini.

Ee40jfIU0AAYOsH

Sehingga ke hari ini penggunakan aplikasi Mysejahtera dilihat semakin baik, walaupun ada juga yang masih mendaftarkan diri didalam rekod pelanggan secara manual. Itu bukan penghalang kepada kita untuk menjadi masyarakat yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Terima kasih admin ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong segala langkah baik dalam usaha kita memutuskan rantaian Covid-19. Tanda pagar kitajagakita itu sangat sesuai dengan kehidupan masyarakat Malaysia kini. Masing-masing faham apa yang sedang dihadapi.

805682

Adakah data peribadi didalam Mysejahtera selamat?

Persoalan diatas pernah menjadi bualan hangat rakyat. Ada yang mengutarakan seberapa telus data kita sebagai pengguna aplikasi ini dijaga dari segi pelindungan data. Isu ini wujud apabila kewujudan sindiket penipuan dalam talian yang semakin menjadi-jadi kini yang memaksa rakyat Malaysia untuk lebih peka terhadap keselamatan data peribadi mereka. Ada juga rakyat yang mempersoal apa yang kerajaan akan buat dengan adanya data peribadi yang tersimpan didalam pangkalan data MySejahtera?

Jika anda masih ingat untuk kali pertama anda mendaftar didalam aplikasi Mysejahtera, anda dikehendaki masukkan beberapa data peribadi yang penting seperti nombor telefon yang boleh dihubungi, alamat email dan alamat rumah, nama penuh, jantina, kaum dan nombor kad pengenalan.

Menurut Dr. Noor Azmi, data peribadi rakyat adalah selamat di tangan kerajaan, dan diuruskan oleh syarikat analitik Malaysia, KPISOFT yang dah mempunyai beberapa cawangan seluruh dunia secara percuma sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut. Data dan pembangunan pangkalan aplikasi tersebut jugak dibangunkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Hanya 7 individu yang bertanggungjawab untuk mengakses data-data peribadi rakyat iaitu para petugas yang terdiri daripada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) dan bahagian kawalan penyakit di bawah seliaan KKM serta National Cyber Security Agency (NACSA). 

Pihak kerajaan sangat optimis untuk menambah baik aplikasi MySejahtera ini dari semasa ke semasa. Apa yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia tahu adalah, aplikasi MySejahtera ini sangat berguna dalam menjejak langkah rakyat Malaysia.

Selain aplikasi MySejahtera, terdapat juga aplikasi lain yang mempunyai misi yang sama iaitu untuk merekodkan pergerakan rakyat yang dibuat oleh negeri-negeri didalam Malaysia sendiri. Antaranya;

  1. Selangor – Selangkah
  2. Pulau Pinang – PgCare
  3. Sabah – MyTrace
  4. Sarawak – Qmunity
gallery 1

Antara kelebihan lain bagi aplikasi MySejahtera ini adalah

  1. Pengimbas Kod QR – Bertujuan untuk mengenal pasti kesihatan kendiri
  2. Pengesan Hotspot: Jejak kawasan Hotspot Covid-19
  3. Lokasi Fasiliti Saringan – Mengetahui lokasi fasiliti saringan yang terdekat
  4. Virtual Health Advisory – Mendapatkan nasihat kesihatan secara atas talian
  5. Maklumat tambahan dan terkini

Kesian saja apa yang dapat admin kongsikan berkenaan aplikasi MySejahtera ini. Semoga kita sebagai rakyat Malaysia istiqomah dalam melawan untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini. Semoga semuanya kekal sihat dan patuhi segala SOP yang ditetapkan dan ingat!!! kita masih belum menang. #kitajagakita

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *