mysejahtera

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibina oleh kerajaan bertujuan untuk mengesan dan memberi maklumat tentang Covid-19. Mungkin ada dari kalangan kita yang tidak tahu bagaimana cara untuk mendaftar untuk mendapatkan vaksin ini.

Daftar Vaksin di MySejahtera

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menjalankan kewajipan kita untuk memutuskan rantaian Covid-19 dengan mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin Covid-19. Mungkin ramai antara kita yang masih belum dan belum tahu cara untuk mendaftar.

Cara untuk mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin ini sangat mudah. Anda boleh daftar di dalam aplikasi MySejahtera.

mysejahtera

Pertama, anda perlu memilih pilihan ‘Covid-19 Vaccination’.

mysejahtera

Jika anda belum pernah mendaftar, akan ada satu pilihan yang perlu anda tekan dan anda hanya perlu menjawab soalan yang diberikan dan daftar. Jika anda pernah mendaftar, nama anda akan tertera di paparan ini.

mysejahtera

Setelah anda mendaftarkan diri, paparan seperti gambar di atas akan muncul. Paparan ini menandakan anda telahpun membuat temu janji dan telah masuk di dalam barisan untuk mendapatkan vaksin Covid-19. Anda juga perlu mengisikan ‘assesment’ sebagai info tambahan yang diperlukan oleh pihak berkuasa.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *