muhyiddin tawar diri pertama terima vaksin covid 19
muhyiddin tawar diri jadi individu pertama terima suntikan vaksin
Sumber : Muhyiddin tawar diri jadi individu pertama terima suntikan vaksin

muhyiddin tawar diri jadi individu pertama terima suntikan vaksin

Baru baru ini Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin tawar diri jadi individu pertama terima suntikan vaksin untuk covid 19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi individu pertama yang menerima suntikan Vaksin Covid-19. Perkara itu didedahkan oleh PM sendiri menerusi perutusan khas yang disiarkan pada Selasa pagi, 22 Disember 2020 bersiaran langsung dari Putrajaya.

Beliau menyatakan bahawa tujuannya adalah supaya rakyat lebih yakin dengan keberkesanan dan keselamatan dari Vaksin tersebut. Menyifatkan beliau sebagai panglima peperangan, beliau berasa bertanggungjawab untuk menjadi yang pertama menerima vaksin tersebut.

Seterusnya, beliau menyatakan barisan frontliners juga akan menjadi antara yang pertama menerima suntikan vaksin dan kemudiannya diikuti pula kumpulan bersasar seperti warga emas, pesakit yang mendapati penyakit tidak berjangkit NCD dan pesakit yang mempunyai penyakit saluran pernafasan yang kronik.

Tambahan pula, menerusi perutusan khas tersebut, Muhyiddin telah menyatakan bahawa beliau telah menandatangani perjanjian yang ketiga bersama Syarikat Farmaseutikal Astrazeneca yang akan membekalkan sebanyak 6.4 juta dos vaksin kepada Malaysia.

Sebelum ini, beliau telah menandatangani perjanjian bersama Covax yang membekalkan 10% Vaksin, dan 20% bekalan vaksin dengan Pfizer. Dengan ini, Malaysia sudah mempunyai 40% bekalan vaksin. Sebanyak 6.4 juta vaksin yang dibekalkan oleh Astrazeneca dijangkakan bahawa akan memenuhi imunisasi sebanyak 10% rakyat Malaysia.

Walaupun Malaysia, sudah mempunyai bekalan vaksin , namun kita sebagai rakyat haruslah sentiasa menjaga SOP dan sama-sama membantu kerajaan dalam mengurangkan wabak penyakit ini. Apa itu SOP? Ianya adalah singkatan bagi syarat-syarat yang telah ditetapkan, Orang yang berisiko tinggi perlu dilindungi, dan Penjarakan Sosial.

Semenjak March 2020, kerajaan telah mengekuarkan syarat yang peru dipatuhi iaitu, rakyat haruslah sentiasa mematuhi perintah kawalan yang telah ditetapkan bagi setiap daerah dan negeri. Selain itu, haruslah sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi. Setiap kali keluar atau ke mana-mana hendaklah sentiasa memakai topeng dan hand sanitizer. Seterusnya, rakyat dikehendaki untuk mengelakkan diri dari sebarang bentuk perhimpunan dan keadaan yang sesak.

Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit yang menghadapi penyakit kronik hendaklah sentiasa dilindungi. Sesiapa sahaja yang mendapati mempunyai simptom Covid 19 hendaklah segera menjalani pemeriksaan dan mengkuarantinkan diri mereka.

Selain itu, rakyat hendaklah sentiasa menjaga penjarakan sosial sebanyak 1 meter. Amalkan pada setiap masa dan ketika berada diluar rumah untuk urusan penting. Penjarakan satu meter hendaklah dilakukan apabila berada dengan orang di sekeliling anda. Elakkan bersalaman dan berpelukan dengan sesiapa sahaja yang anda temui.

Dengan cara ini, kita dapat membantu frontliners dengan mengurangkan penularan wabak penyakit ini. Janganlah bersikap mementingkan diri sendiri dengan melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Bayangkanlah sekiranya kita dan ahli keluarga yang terkena, maka bertimbang rasalah. 

Ps : Kisah Lelaki Tua dan Selawat

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *