MP Bentong
Salasilah asal nama Bentong

Majlis Perbandaran Bentong (MP Bentong) adalah badan yang menguruskan tadbir kawasan Bentong. Bentong dahulunya adalah sebuah bandar dan salah sebuah daerah di Negeri Pahang. Keluasan daerah ini ialah 1831 kilometer persegi. Ia terletak 80km dari timur laut Kuala Lumpur dan bertentangan dengan Banjaran Titiwangsa. Daerah ini bersempadan dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.

Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.

Video Credit: FB Majlis Perbandaran Bentong

Daerah Bentong terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Bentong dan terbahagi kepada 3 mukim iaitu Mukim Bentong, Mukim Sabai dan Mukim Pelangai. Selain dari Bandar Bentong, terdapat beberapa pekan lain yang menjadi tumpuan penduduk seperti di Karak, Bukit Tinggi, Telemong dan Simpang Pelangai.

Bandar Bentong berperanan sebagai pusat pentadbiran dan perindustrian bagi daerah Bentong. Di Bentong terdapat banyak industri-industri ringan dan sederhana seperti kilang kayu-kayan, kilang pembuatan makanan dan kilang pengumpulan komponen elektrik. Peningkatan kepada pembangunan di bandar telah menyedarkan Majlis Perbandaran Bentong supaya bersedia dengan keperluan dan cabaran-cabaran masa akan datang dalam usaha menjadikan Bandar Bentong sebuah bandar yang maju, makmur dan sejahtera.

MP Bentong
MP Bentong berpotensi untuk diangkat menjadi taraf bandar raya kedua di Pahang

MP Bentong dilihat berpotensi untuk diangkat menjadi taraf bandar raya kedua di negeri Pahang berikutan Bentong mempunyai kriteria yang ditetapkan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin berkata, MP Bentong mempunyai penduduk hampir 500,000 orang buat masa ini selain mempunyai pendapatan tahunan kira-kira RM100 juta setahun. Tambahnya lagi, kementerian menunggu permohonan Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang pada Jun ini untuk dibawa pertimbangan Kabinet.

“Pada dasarnya tiada masalah kewujudan bandar raya Bentong dalam tempoh setahun dua ini kerana pihak kementerian sangat komited menyokong.

“Kementerian juga sentiasa komited mengangkat Cameron Highlands sebagai Majlis Perbandaran Cameron Highlands sesuai dengan lokasi tumpuan utama pelancong di negara ini.”

– Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Turut hadir sama adalah Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib; Exco Kerajaan Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Mohd. Sofian Abd.Jalil dan Pegawai Daerah Maran, Sharudin Jali.

Zuraidah juga merakamkan tahniah kepada Kuantan kerana dinaik taraf sebagai bandar raya selari dengan kemajuan ekonomi Bandaraya Kuantan berkenaan.

MP Bentong
Signboard besar “Bentong” yang dinaikkan di kawasan MP Bentong

Beliau dalam pada itu berkata, terdapat juga beberapa kawasan yang berpotensi yang dicadang untuk diangkat menjadi Majlis Perbandaran seperti Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi. Menurutnya, lokasi pelancongan utama negara menjana pendapatan lebih RM20 juta setahun dan kebanjiran pelancong pemangkin ekonomi di kawasan yang dinyatakan tadi.

Tambah beliau, pihak kementerian juga menyasarkan Majlis Daerah Pekan dan Majlis Daerah Maran dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran pada tahun 2022. Pada lawatan kerja itu, beliau mengumumkan kelulusan RM7 juta kepada Majlis Daerah Maran bagi membaiki kesan banjir, pengurusan sisa pepejal dan menaik taraf lokasi pelancongan di daerah berkenaan. Turut diluluskan 350 projek perumahan rakyat di Lanchang dan pembinaan tiga balai bomba di Chenor, Benta dan Gambang bernilai RM4 juta sebuah.

Peta MP Bentong
Peta MP Bentong

Sumber:

  1. Majlis Perbandaran Bentong
  2. Utusan

Semoga artikel berkenaan MP Bentong ini memberi manfaat dan panduan kepada semua pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Lagi artikel menarik:

  1. Nicol David Win The World Greatest Athlete of All Time With 318,943 Votes
  2. Extraordinary Story of Anak-anak Sidek, 5 Lagenda Badminton Malaysia
  3. Harga Emas Dijangka Naik RM500/g Tahun 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *