yogurt

Yogurt Manis Popular di Negara India

Mari kita mengenali apakah itu Misthi Doi. Misthi Doi ini sebenarnya adalah susu peram ataupun yogurt manis, Misthi adalah yogurt dan Doi adalah manis jadi gabungan kedua nya ialah togurt manis. Misthi Doi ini berasal dari daerah Bogra di Bangladesh. Dan sekarang menjadi hidangan pencuci mulut yang sangat popular di negara itu. Misthi Doi juga popular di India, di kawasan sempadan dan berdekatan Bangladesh. Makan ini juga adalah makanan tradisi di Bangladesh yang boleh didapati dimana-mana tempat di Bangladesh.

Mari kita belajar cara pembuatan dan keunikan Misthi Doi ini. Keunikan Misthi Doi ini adalah bekas atau mangkuk yang digunakan untuk membuat Misthi Doi ini adalah dari tembikar yang diperbuat dari tanah liat. Jika kita ke kedai kita dapat lihat banyak Misthi Doi dalam bekas tembikar disusun didalam kedai.

yogurt
Ini adalah rupa misthi doi yang sudah siap
image 28

Jika kita pergi ke Bangladesh kita dapat lihat banyak kedai-kedai tepi jalan yang menjual juadah Misti Doi ini. Rasanya yang manis dan sedikit masam sangat sedap dan sesuai dimakan selepas makan berat atau sebelum makan berat. Ianya juga sangat sesuai jika dimakan dan dihidang kan dalam majlis perkahwinan atau apa-apa majlis keraian. Misthi Doi juga sangat sedap jika dicampuru dengan kacang badam atau pun kacang  walnut. Bagi penggemar manisan mungkin anda boleh mencuba hidangan ini.

image 29

Sebenar nya cara-cara pembuatan Misthi Doi ini sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah

3 cawan susu, ¾ cawan gula, 1 sudu besar yogurt asli yang dipukul, 1 sudu besar air.

  1. Pertama sekali letakan kuali diatas dapu dan panas kan kuali dan letakan susu didalam nya dengan suhu yang sederhana.
  2. Simpan 1/3 gula, dan masuk kan selebihnya kedalam susu tadi, larut kan ia dalam susu sehingga susu mendidih.
  3. Perlahankan suhu dan biarkan susu kekal mendidih sehingga jumlah susu berkurangan sehingga separuh. Setelah itu angkat dan letak di tempat lain.
  4. Dalam kuali yang lain letakan lebihan gula dan panas kan. Pastikan suhu yang digunakan tidak terlalu kuat untuk mengelakan gula hangus. Setelah gula mencair tunggu sehingga cairan gula berubah menjadi karamel.
  5. Setelah gula menjadi warna caramel dan sedikit berbuih, angakat dari dapur dan letakan ssatu sudu besar air didalam nya. Setelah itu tuangkan caramel gula tadi dalam susu tadi dan kacau sehingga sebati.
  6. Tunggu sehingga campuran susu tadi sejuk sedikit, letakan Satu sudu besar yourgurt asli yang dipukul, kacau sehingga sebati.
  7. Tuangkan semuanya didalam mangkuk/gelas/ bekas tembikar yang diperbuat dari tanah liat. Letakan ianya ditempat yang suam 1-3 jam, setelah itu masukan kedalam peti sejuk dan sedia untuk dihidang.
image 30

Sebagai konklusinya mungkin hidangan ini adalah satu hidangan yang boleh di komersial kan di dalam Malaysia. Boleh juga menjadikan industri makanan negara kita lebih rancak dan warna warni dengan hidangan ini.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Rujukan:

https://www.archanaskitchen.com

Wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *