Beli Rumah Waktu Muda

#TabungRumah

MENGAPA BELI RUMAH WAKTU MUDA

Membeli rumah sewaktu muda banyak istimewanya, belilah sebelum pinang Nelofa kita.

1. Tempoh pembiayaan lebih panjang, bayaran bulanan jadi rendah. Kita tak rasa terbeban sangat

2. Semakin lama tunggu, semakin mahal jadinya. Belum nampak tanda rumah jatuh harga.

3. Orang muda belum banyak komitmen, pinjaman rumah mudah lulus segera.

4. Kadar insuran masih rendah, bank rasa kita lambat lagi meninggalkan dunia fana ini.

Beli Rumah Waktu Muda
Beli Rumah Waktu Muda

5. Banyak skim pinjaman menarik untuk orang muda, ada hingga 100% biayanya

6. Keuntungan bina aset lebih berganda bila bermula usia muda, sebelum tua boleh kutip hasilnya.

7. Nilai gaji makin menyusut kesan naiknya semua barang dan serangan corona, jika tak beli rumah sekarang kita semakin ketinggalan.

8. Bakal mertua lompat bintang bila tahu kita dah ada rumah idaman. Dia yakin kitalah lelaki idaman menantu kesayangan

9. Calon isteri tahu kita lelaki berwawasan, mereka sayang kita ketat ketat sebab kitalah harapan nusa bangsa.

Kesimpulannya, banyak kelebihan beli waktu usia muda. Jangan tunggu lama lama hingga kita menyesal.

#BermulaBeliSewaktuUsiaMuda

Sumber: arifhussin.com

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel berkenaan beli rumah waktu muda ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *